Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Hal Yang Perlu Anda Faham Sebelum Bercuti Ke New Zealand

by Phic ARMAN
January 21, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada masa ini, New Zealand adalah sebuah destinasi pelancongan yang digemari rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya, negara ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang sesuai untuk percutian dengan keluarga.

Bagi anda yang merancang mahu ke New Zealand sebagai destinasi pelancongan seterusnya, anda perlu terlebih dahulu membaca maklumat yang telah dikumpulkan oleh Tourism New Zealand tentang perkara-perkara yang ramai orang Malaysia terlepas pandang. Dengan cara itu, anda boleh menikmati masa bercuti dengan lebih yakin semasa di New Zealand.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu difahami oleh pelancong Malaysia sebelum pergi ke New Zealand .

Terdiri Daripada 2 Pulau Utama

Pulau Utara, New Zealand
Pulau Selatan, New Zealand

Jika anda selalu tertanya-tanya di manakah terletaknya New Zealand, jawapannya New Zealand berada di kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000 km di tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji dan Tonga.

New Zealand terdiri daripada dua pulau utama, Pulau Utara dan Pulau Selatan, dan beberapa pulau kecil. Untuk menerokai dua pulau dengan masa yang lebih fleksibel, anda boleh menyewa dan memandu kereta atau campervan.

Pemanduan Belah Kanan Sama Seperti Di Malaysia

Jika anda memilih untuk memandu kereta anda sendiri di New Zealand, anda diwajibkan untuk memilik Lesen Memandu Antarabangsa dan faham dengan peraturan jalan raya di sana. Di negara ini, tempat duduk pemandu berada di sebelah kanan, sama seperti di Malaysia, jadi ini tidak menjadi masalah bagi orang Malaysia yang ingin memandu sendiri.

Jika anda memulakan perjalanan anda di Pulau Utara, Twin Coast Discovery Highway boleh menjadi salah satu laluan pilihan anda. Laluan yang bermula dari Auckland akan memperlihatkan pemandangan pantai yang indah.

Musim Panas Pada Hujung Tahun

Ramai orang tidak tahu bahawa New Zealand terletak di bahagian selatan bumi, mempunyai musim yang terbalik berbanding dengan negara-negara di belahan bumi utara. Oleh itu, New Zealand menawarkan cuaca sejuk bagi anda yang melancong di pertengahan tahun.

Musim panas di New Zealand berlangsung dari Disember hingga Februari, sementara musim sejuk bermula dari bulan Jun hingga Ogos. Jika anda lebih gemar bercuti pada waktu kurang sesak, anda boleh lah ke New Zealand semasa musim bunga (September – Oktober) dan musim luruh (Mac – Mei).

Siap-siap Mohon Visa Dalam Talian

Apabila anda menempah tiket pesawat, jangan lupa untuk memohon visa New Zealand. Sebelum ini pemegang passport Malaysia mendapat pengecualian visa sekiranya anda mahu ke New Zealand kurang daripada tiga bulan.

Namun kini, bermula tahun 2019, ada peraturan terbaru memperkenalkan penggunaan ETA (Electronic Travel Authority). Peraturan ini secara tak langsung melibatkan pelancong dari Malaysia untuk memohon ETA secara online.

Warga Malaysia, anda perlu mengisi ETA secara dalam talian dan membayar antara NZ$9 hingga NZ$12 (RM25 – RM33) dan mengambil masa dalam 72 jam untuk mendapat kelulusan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dokumen yang perlu disediakan dan banyak lagi, anda boleh melawat halaman Imigresen Kerajaan New Zealand. Sesetengah penerbangan ke New Zealand akan ada transit di Singapura atau Australia dalam masa 3 atau 5 jam, tetapi jika anda melakukan transit di Australia selama lebih dari 8 jam, anda mesti menyediakan visa transit Australia.

New Zealand bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, tetapi juga memiliki keunikan budaya

Putera Harry  menerima hongi, tradisi menyambut tetamu oleh suku kaum Maori dari seorang anggota Kairanga kapa haka Kaka semasa lawatan ke Kem Tentera Linton  di New Zealand.

Selain dikenali sebuah destinasi dengan pemandangan alam semulajadi yang indah dan pergunungan yang menawan, New Zealand juga terkenal dengan budaya dan orangnya yang ramah. Pastinya tidak lengkap untuk melawat negara ini jika anda tidak merasai pengalaman dengan suku Maori.

Anda boleh menikmati sajian, upacara tradisi menyambut tetamu suku Maori melalui  tarian, lagu dan ucapan salam Maori, Hongi (ritual hidung melekat untuk mewujudkan hubungan nafas hidup antara dua orang).

Menarik bukan? Jadi, dengan adanya panduan ini, Murai.my berharap percutian anda ke New Zeland lebih bermakna tanpa rasa ragu-ragu selepas ini. Selamat bercuti!

https://lomp.at/l924e
Share12Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara