Ketepikan soal paras rupa, kerana penyanyi ini mempunyai vokal yang cukup unik sekali! Mempunyai gemersik suara serak basah, tidak hairanlah Razak A’ai mendapat jolokan Louis Armstrong dan Cakra Khan Malaysia.

Mula Curi Perhatian 

Memulakan kerjaya seninya di usia 18 tahun di sebuah syarikat rakaman sebelum ini, kini jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini sering kali mencuri perhatian menerusi persembahan di jalanan atau saluran media sosial seperti YouTube, Instagram, Twitter mahupun Facebook.

IKLAN
View this post on Instagram

I know I'm not the only one.

A post shared by Razak A'ai (@razakaai) on

Kini, Razak tampil dengan single pertamanya bersama syarikat rakaman Todak Music berjudul Aku Setia yang juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi ini. Bersedia untuk membuat ‘comeback’ nya, video muzik single berkenaan juga sudah selesai menjalani penggambaran,mengambil inspirasi daripada tragedi menyayat hati yang pernah menggemparkan dunia.

Menariknya lagi, beberapa bait lagu ini turut meminjam suara Alyssa Dezek, bintang kecil berbakat besar yang cukup sinonim dengan persembahan ukulele.

“Idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya. Sebelum bersama Todak Music, saya pernah menaungi sebuah syarikat rakaman sebelum ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai menyanyi di usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun.

“Pernah menghasilkan sebuah single, namun ianya kurang menjadi. Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya. Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching Sarawak dan tinggal bersamanya. Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.

“Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya. Tetapi saya berjanji saya akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu,” katanya.

Lirik Video Capai 45,000 Tontonan 

Sebagai info, lirik video Aku Setia telah dimuatnaik sejak 11 Januari lalu di laman YouTube dan sehingga kini berjaya mencapai 45,000, tontonan di saluran YouTube.

IKLAN

Dengan kejayaan tersebut, ianya menaikkan lagi semangat Razak apatah lagi bakal melancarkan lagu itu secara rasminya pada penghujung Januari ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry