[VIDEO] Taman Tema di China Ini Dikecam Teruk Sebab Paksa ‘Babi’ Buat Bungee Jumping

967

Taman rekreasi di China ini mendapat kecaman hebat selepas menjadikan seekor bintanag iaitu babi melakukan aksi bungee jumping atau terjun bebas. Aksi itu dapat dilihat dalam rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat dan dimuat naik ke akaun YouTube The Paper.

Dipetik dari BBC, insiden babi melakukan bungee jumping itu diketahui berlaku di sebuah taman hiburan yang dikenali dengan nama Meixin Red Wine Town Theme Park di Chongqing, China.

Dalam video yang tular dilihat beberapa lelaki yang membawa babi ke menara setinggi 68 meter. Tiba di bahagian atas, babi itu disarungkan pakaian seperti Superman, kemudian terikat dengan tali bungee. Babi ditolak dari menara dan terus melompat dari ketinggian puluhan meter.

IKLAN

Sky News melaporkan, dalam video tersebut terdengar seperti pekikan babi seakan dia dalam ketakutan. Sementara orang-orang di bawahnya seronok ketawa dan menjerit apabila babi melompat dari ketinggian.

Lebih kejam, babi itu tidak ditarik ke atas, sebalikna ia dibiarkan tergantung selama beberap minit untuk dijadikan tontonan orang ramai.

Susukan dari kejadian itu, rata-rata netizen mengutuk tindakan itu dan ramai yang menganggap aksi itu menjijikkan dan menyeksa. Oleh kerana terlalu banyak kritikan, taman hiburan itu akhirnya meminta maaf di atas kesalahan mereka lakukan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry