Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Tu Jo Mila… Ini 5 Mesej Penting Dalam Filem ‘Bajrangi Bhaijaan’ Yang Ramai Tak Sedar

by Phic ARMAN
January 22, 2020
413
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih terngiang-ngiang lagi bait-bait lagu “Tu Jo Mila” yang bermaksud ‘Sejak Bertemu Kamu’. Sehingga hari ini, tak dapat lagi move on dengan filem bollywood berjudul Bajrangi Bhaijaan. Selain lokasi penggambaran filem ini yang menyajikan permandangan indah di Kashmir, jalan ceritanya juga membuatkan kita boleh menitiskan air mata.

Bajrangi Bhaijaan adalah filem dari India yang ditayangkan pada 2015 dan diarahkan oleh Kabir Khan. Filem ini dibintangi oleh Salman Khan, Harshaali Malhotra, Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui sebagai watak utama.

Filem ini menceritakan kisah seorang anak kecik perempuan dari Pakistan yang bernama Munni/ Shahida telah terpisah dari ibu bapanya dan terkandas di India yang bertelagah dengan Pakistan. Gadis cantik ini sukar untuk bercakap sehingga membuat orang di sekelilingnya tidak tahu dari mana asalnya.

Munni telah bertemu dengan Pawan Kumar/ Bajrangi yang dikenali sebagai orang yang baik dan jujur. Walaupun filem ini sudah banyak kali ditonton, namun masih ramai lagi yang tidak sedar akan mesej-mesej positif yang disampaikan menerusi filem ini.

Berikut adalah 5 mesej yang boleh dipilih dari filem Bajrangi Bhaijaan.

Bantu Membantu Tanpa Syarat

Dalam filem ini, Pawan Kumar mengajar kita supaya menhulurkan bantuan tanpa syarat, membantu dengan ikhlas tanpa mengambil kira latar belakangnya.

Mesej ini disampai melalui sikap Pawan yang cuba membantu Munni/ Shahida dengan menghantarnya kembali ke Pakistan walaupun nyawanya jadi pertaruhan.

Nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam filem ini membuatkan kita sedar bahawa jika kita mahu membantu orang lain, tidak sepatutnya kita  melihat status mereka.

Toleransi Dalam Agama

Dalam filem ini, kita juga diajar untuk bertoleransi sesama agama dengan menerima bentuk ibadah setiap agama dengan baik iaitu menghormati agama lain yang sedang beribadah.

Pawan Kumar menunjukkan sikap toleransi terhadap agama lain. Pawan juga menerima perilaku yang baik dari salah seorang pemimpin agama di masjid ketika dia mengambil Munni/ Shahida kembali ke Pakistan.

Permusuhan yang harus ditinggalkan

Permusuhan antara 2 negara seperti sudah biasa kita dengar. Seperti negara India dan Pakistan. Rusuhan dan perhimpunan haram masih sering dilihat dalam kehidupan seharian kita sehingga hari ini.

Pertikaian antara sesama saudara atau 2 kelompok harus ditinggalkan dan dihapuskan. Kerana, kedamaian itu sangat indah. Kisah Munni/ Shahida mampu menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri dan mengingatkan kita akan kedamaian.

Pegang Pada Janji

Filem Bajrangi Bhaijaan sebenarnya menasihati kita untuk sentiasa menepati janji. Pawan Kumar berjanji untuk menghantar Munni/ Shahida kepada ibu bapa kandungnya tak kira apa jua halangan.

Nak tahu kenapa? Pawan melihat banyak kejahatan di luar sana mensasarkan kepada Munni/ Shahida yang tidak berdosa. Melihat itu semua, hatinya terketuk dan berjanji untuk menghantarkannya kembali ke orangtuanya.

Sikap pegang pada janji ini dapat menjadi pelajaran bagi kita dan dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.

Bersabar & Berserah Diri

Filem ini juga memaparkan watak Pawan yang sentiasa bersabar dan menyerahkan diri kepada Tuhan. Banyak kesukaran yang beliau hadapi saat membawa Munni / Shahida kepada ibubapanya. Ia  membuatkan kita sedar dalam hidup ini tak semuanya mudah. Kunci kepada semua itu ialah sikap kesabaran dan berserah diri yang harus terus ditanamkan di dalam diri kita.

Itulah  5 mesej mendalam yang disematkan dari filem  Bajrangi Bhaijaan untuk kita semua. Anda sudah menonton filem ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Mesej Bajrangi BhaijaanMunni Shahidasalman khanTu Jo Mila
https://lomp.at/z5tvt
Share179Tweet98SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem