Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jacob’s Krim Kraker Original Bawa Tradisi ‘Tarian Singa Tiang Tinggi’ Ke UNESCO

by Phic ARMAN
January 22, 2020
Share on Facebook

Sempena Tahun Baru Cina ini, jenama biskut Jacob’s Krim Kraker Original (Jacob’s) berazam memartabatkan tradisi Tarian Singa Tiang Tinggi yang berasal dari Muar. Bagi membawa tradisi ini ke pengiktirafan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan), Jacob’s menyatukan semua rakyat Malaysia untuk menandatangani satu petisyen.

Tarian Singa Tiang Tinggi dipelopori oleh Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng (KSK), yang berasal dari Muar, Johor sejak 20 tahun dahulu. Semenjak itu, persembahan unik ini yang melambangkan tuah serta kekayaan telah melebarkan sayap di serata dunia. Malah setakat hari ini, pasukan-pasukan dari Malaysia telah merangkul lebih 100 Kejuaraan Tarian Singa Dunia, di samping menetapkan piawaian antarabangsa.

Setakat ini, tiga tradisi asli Malaysia, iaitu teater Mak Yong, Silat dan Dondang Sayang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai “warisan budaya tidak ketara”. Pengiktirafan ini amat bermakna kerana ia bukan sekadar memelihara khazanah warisan Malaysia tetapi juga mempromosikan identiti kebangsaan Malaysia.

Menggabungkan antara lainnya muzik, koreografi, dan keunikan cara zaman dahulu dengan sempurna, seni yang anggun lagi berkemahiran tinggi ini biasanya dipersembahkan oleh pasukan terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang, sekaligus mencerminkan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia.

Antara rakyat Malaysia yang paling awal menandatangani petisyen ini adalah warga kerja Mondelēz International (Malaysia) dan rakan-rakan kerjasamanya.

Sejajar dengan inisiatif bermakna ini, Jacob’s telah melancarkan dua tin biskut edisi terhad yang menampilkan ‘Tarian Singa Tiang Tinggi’ serta ‘Gendang 24 Musim’ masing-masing dijual pada RM14.40.

https://lomp.at/94h30
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara