Pembuka tirai filem tempatan bagi tahun 2020, menyaksikan filem arahan Eyra Rahman yang berjudul M4M4 bakal ditayangkan pada 6 Feburari ini. Kami di Murai.my berkesempatan untuk menonton M44 terlebih dahulu menerusi acara Malam Gala yang diadakan baru-baru ini.

Puas Hati Dengan M4M4

Melihatkan pada trailer nya sebelum ini, kami meletakkan harapan yang agak tinggi ubntuk M4M4 apatah lagi babak-babak yang ditunjukkan berjaya menyakinkan kami untuk menontonnya. Usai menonton M4M4,kami berpuas hati kerana filem seram thriller ini berjaya membuatkan kami ‘tak senang’ duduk dengan jalan ceritanya.

Biarpun masih awal, suka untuk kami gambarkan filem yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Bella Dowanna, Eyra Hazali, Ungku Hariz dan Izzy Reef ini mampu berada dalam senarai filem terbaik bagi 2020 dan wajib ditonton.

Malah lakonan Nabila Huda, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi dan Bella Dowanna sememangnya wajar dipuji kerana berjaya membawakan watak lakonan mereka dengan baik. Jika dilihat Kodi dan Bella Dowanna bukanlah pelakon yang sudah dikenali namun di dalam filem ini mereka antara ‘kekuatan’ nya!

IKLAN

Bermain Dengan Emosi 

Bagi kami, M4M4 bermain dengan pelbagai emosi sehingga ada diantara babaknya mampu membuatkan air mata jantan kami berguguran kerana tersentuh dengan babak tersebut yang sememangnya merupakan antara realiti sebenar kehidupan apatah lagi buat seorang gadis yang menjadi mangsa rogol.

Malah perkembangan watak dan mesej yang disampaikan cukup cemerlang. Secara keseluruhannya adalah satu kerugian untuk anda sekiranya terlepas peluang untuk menonton naskhah yang baik seperti ini.

Sinopsis M4M4

Mengisahkan mengenai Alya, seorang remaja berusia 15 tahun yang kin tinggal bersama ibunya, Aini. Pada suatu hari, Aini dan dua kawan baiknya iaitu Danny dan Elly telah diganggu oleh tiga orang samseng iaitu Apai, Luk dan Remy sehingga terjadinya pergaduhan diantara mereka. Memburukkan lagi keadaan, Alya telah menyiram air panas ke atas badan Apai bagi melindungi dirinya membuatkan Apai menyimpan dendam terhadap remaja itu yang menjadi punca segala konflik dan debaran di dalam filem ini!