Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

4 Fungsi Aplikasi ‘Setel’ Ini Boleh Hilangkan ‘Sakit Kepala’ Anda

by Phic ARMAN
February 6, 2020
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada hari ini, aplikasi dompet digital atau e-wallet sangat berpengaruh dan menjadikannya sangat mudah apabila kita melakukan transaksi melalui telefon pintar, tengah baring-baring pun boleh buat transaksi wang.

Jika sebelum ini dengan menggunakan e-wallet kita boleh buat pembayaran isi minyak di kaunter stesen minyak, tapi kini tak perlu lagi.

Aplikasi mudah alih pembayaran elektronik pertama di Asia Tenggara, Setel membolehkan pengguna membuat pembelian bahan api dari kenderaan mereka sendiri. Lebih menarik, pelanggan PETRONAS  tidak lama lagi dapat menggunakannya di seluruh Malaysia.

Mencatatkan lebih daripada 3 juta transaksi

Setel boleh digunakan di lebih daripada 700 stesen PETRONAS di Malaysia dan dijangka berkembang pesat di seluruh negara dalam beberapa minggu akan datang.

Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

“Sehingga Januari 2020, Setel mencatatkan lebih daripada 3 juta transaksi dan mendapat sambutan positif daripada para pelanggan kami di Lembah Klang. Kami kini bersedia untuk menawarkan Setel di seluruh negara dan memperkenalkan ciri baru yang menarik pada bulan-bulan akan datang, “kata Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Sedar atau tidak, aplikasi Setel ini mempu mempengaruhi hidup anda seharian dalam membuat perjalanan. Lepas ini tak sakit kepala dah! Nak tahu apakah kelebihannya? Jom semak!

Sakit Kepala Anak Meragam Dalam Kereta Masa Nak Isi Minyak?

YouTube video

Pernah tak anda mengalami  situasi anak kecil meragam dalam kereta sehinggakan anda susah untuk membuat pembayaran isi minyak di kaunter?

Hal ini biasa berlaku kepada para suri rumah ketika membuat perjalanan untuk menghantar anak ke sekolah mahupun ke rumah pengasuh.

Tapi dengan Setel, pengguna tidak perlu turun dari kenderaan untuk ke kaunter buat pembayaran, mereka hanya perlu melakukan pembayaran menggunakan aplikasi tersebut yang berpaut terus dengan pam minyak di stesen terbabit.

Sakit Kepala Tak Jumpa Parking Nak Beli Barang di Kedai Mesra?

Pernah tak anda mengalami situasi, mahu beli minuman atau makanan di Kedai Mesra Petronas tapi ‘parking’ penuh? Kesudahannya anda terpaksa membatalkan niat anda dan berlalu keluar dari Stesen minyak.

Kini anda tak perlu bimbang, Setel juga mempunya fungsi baru baharu pembelian barangan di rangkaian Kedai Mesra Petronas.

Selain pembelian melalui aplikasi itu memudahkan pelanggan dan Petronas Dagangan menyediakan Setel Pit Stop bagi memudahkan pelanggan mengambil pesanan mereka secara pandu lalu.

Sakit Kepala Nak Beratur Panjang?

YouTube video

Situasi ini memang sering berlaku di mana-mana Stesen Minyak, lagi-lagi di waktu kemuncak pada awal pagi.  Sebab selalunya di kaunter ni kena beratur panjang untuk membuat pembayaran isi minyak.

Dengan adanya Setel di telefon bimbit anda, tak payah beratur panjang dah, segalanya dihujung jari untuk buat pembayaran.

Sakit Kepala Resit ‘Claim’ Hilang?

Nak hantar resit kepada ‘HR untuk ‘Claim’ tapi hilang? Itu perkara biasa terjadi, jadi lepas ini tak perlu pening kepada kerana anda boleh mencetak segala transaksi pembayaran isi minyak di aplikasi Setel melalui email.

Senang bukan? Lepas ini kalau nak buat ‘mileage claim’ dekat tempat anda bekerja, tak perlu bersusah payah nak minta resit dekat kaunter stesen minyak.

Bekerjama Dengan AJL34

Untuk info, Setel juga bekerjasama dengan Media Prima Bhd menyediakan fungsi undian bagi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34). 100 pengundi bertuah juga akan memenangi baucar bahan api bernilai RM1,000 setiap satu.

https://lomp.at/6qx2t
Share29Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem