‘Pakej’ wayang anda sudah pastinya tidak akan lengkap tanpa popcorn bukan? Malah buat mereka yang sering kali beli popcorn, terpaksa mengawal nafsu seketika untuk memakannya sebelum filem ditayangkan. Jika tidak, sudah pasti akan kehabisannya!

TGV Tawar Promosi ‘Refill Popcorn’ 

Khas buat mereka yang alami situasi tersebut, kini TGV Cinemas telah mengadakan promosi khas buat penggemar popcorn! Ini kerana TGV telah menawarkan tawaran hebat dengan memperkenalkan popcorn bucket dan tumbler yang membolehkan anda mengisi semula popcorn dan minuman yang diinginkan.

IKLAN

Setiap Refill Dicaj RM5.90

Caranya, hanya perlu membawa kedua-dua popcorn busket dan tumbler tersebut bagi setiap kali ingin membuat pengisian semula.Namun begitu, perlu diingatkan untuk setiap pengisian semula akan dicaj sebanyak RM5.90 dan tersedia untuk Hollywood Popcorn sahaja. Bagi tujuan pembelian ‘bucket’ dan ‘tumbler’ yang berharga RM29.90 ini akan tamat pada 29 Februari 2020 namun pengisian semula diadakan sepanjang tahun.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda