Berita terbaru dari negara seberang, Indonesia, pihak polis telah menahan Lucinta Luna kerana didakwa memiliki dan menyalahgunakan dadah seperti dilaporkan oleh Suara.com, Walaubagaimanapun setakat ini masih belum ada butiran lengkap tentang penangkapan tentang penyanyi yang pernah berduet dengan usahawan Dato Seri Aliff Syukri itu.

Menurut Pesuruhjaya Hubungan Masyarakat Polri Metro Jaya, Yusri Yunus, dia berkata Lucinta ditahan di kediamannya di Aparment Thamrin City.

IKLAN

“Pagi ini Polis Jakarta Barat Satnarkoba membuat penangkapan berdasarkan laporan orang ramai. Kemudian petugas melakukan penangkapan di apartmen Thamrin City,” kata Yusri Yunus.

“Dan ya, salah seorang daripada mereka Lucinta Luna adalah public figure,” katanya.

Dari foto yang beredar, terlihat seseorang dengan rambut berambut panjang menutupi wajahnya dengan topi dan kacamata hitam.

Via Suara.com

Lucinta dikenali sebagai selebriti kontroversi. Dia mendakwa dirinya sebagai seorang wanita yang tulen, padahal dia seorang lelaki. Difahamkan nama asalnya Muhammad Fatah namun sekeras-kerasnya mengaku dirinya  sebagai wanita yang tulen.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry