Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Identiti : Nur Sajat Sedia Beri Kerjasama

by Khai Azfar
February 13, 2020
157
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai kontroversi melibatkan usahawan terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman yang dikatakan berpakaian seperti seorang wanita ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Sajat Sedia Beri Kerjasama 

Susulan daripada itu, Sajat menerusi laporan Harian Metro berkata dia sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak yang terlibat bagi menyelesaikan perihal identiti dirinya yang sebenar. Terdahulu, Sajat pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai seorang khunsa dan ianya diperakui oleh kedua ibubapanya.

Mahu Diberikan Panduan

Jelas pelantun Makhluk Penggoda ini, dia pernah cuba menyelesaikan masalah ini dengan pihak berkuasa,namun dia agak kecewa kerana alasan yang diberikan oleh pihak tersebut mendakwa kesnya diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi. Ekoran kontroversi yang melanda, Sajat mahu diberikan panduan jelas dan terperinci mengenai isu pengesahan jantina.

“Selama ini bukan saya tak mahu buat laporan perubatan seperti yang diminta, tetapi mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa perlu saya rujuk.

“Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,”

“Bukan saya tak cari jalan penyelesaian, setiap kali saya bawa isu ini ke pihak bertanggungjawab mereka memberitahu kes saya ini berprofil tinggi”

Tambah Sajat lagi, ibu bapanya juga sudah memberikan kerjasama sejak dahulu lagi dan lebih mengecewakan dia juga pernah ditipu.Sajat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera apatah lagi selagi hayat ibubapanya masih ada kerana hanya mereka yang boleh mengesahkan jantina sebenar dirinya.

“Kalau diikutkan, ibu bapa saya sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan.

“Namun, sekarang saya yang perlu menanggung semua ini sendirian. Saya juga pernah kena tipu,”

“Ibu bapa saya boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, menurut laporan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata isu meibatkan Sajat hanyalah isu kecil dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap usahawan itu.

"Bagi La Peluang Saya Raya Dengan Keluarga & Anak-Anak..."-Nur Sajat
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nur sajat
https://lomp.at/gkik5
Share70Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem