Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] ‘Rock 4: Rockers Never Dai’ Seakan-akan Angkat Isu LGBT?

by Phic ARMAN
February 13, 2020
145
KONGSIAN
Share on Facebook

Sekali lagi, peminat filem tempatan disajikan dengan sebuah filem terbaru berjudul Rock 4: Rockers Never Dai hasil kreatif Mamat Khalid. Selepas filem Hantu Kak Limah arahannya pecah panggung, tak mustahil Rock 4: Rockers Never Dai mampu ulangi kejayaan yang sama.

Semalam (12/2), Murai MY dijemput untuk menghadiri majlis pratonton ilem Rock 4: Rockers Never Dai  bersama media di mmCineplexes Damansara. Majlis ini turut disertai barisan pelakon, selebriti tempatan dan tetamu VIP seperti Dato Hattan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Melihat Rock 4: Rockers Never Dai dari sisi jalan cerita, ia agak mudah difahami kerana jalan ceritanya disusun begitu rapi.

View this post on Instagram

A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat)

Terhibur, Kelakar & Dipenuhi Mesej Yang Mendalam

Begitu jelas ia tentang perjuangan Dio (Sharwani NS) selepas terjaga dari koman selama 22 tahun. Dio begitu bersungguh-sungguh mahu membantu sebuah kumpulan Rock yang terdiri dari anak muda sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan Rock 90an.

Pada dasarnya, ia sebuah filem yang mudah untuk difahami walaupun terdapat beberapa babak yang diimbas semula (flashback) dari filem Rock terdahulu. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah menonton filem Rock terdahulu, mungkin ada sedikit keliru dalam mengenali watak.

Namun bukan fokus utama dalam filem ini, perkara penting adalah perjuangan mengharungi perit getir dalam mengekalkan legasi kumpulan asal Rimba Bara dalam arena rock tanah air.

Adam John Lebih Menyerlah

Selain Dio yang dilakonkan oleh Sharwani NS, filem ini diterajui ole Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Hj Yusof.

Jika dilihat dari poster rasmi filem, seolah-olah Hazama memegang watak utama. Tapi sebaliknya, watak yang dipegang oleh Adam John lebih menonjol dari yang lain.

Angkat Isu LGBT?

Sebagai penonton, kami merasakan filem ini ada menyelitkan lebih dari satu watak yang menggambarkan seorang LGBT, namun yang tidak terlalu menonjol.  Bukan itu sahaja, kemunculan watak tersebut menimbulkan tanda tanya lagi-lagi melihat perilaku dan dialog yang disampaikan. Walaubagaimanapun, watak-watak tidak mendedahkan secara jelas mengenai orientasi seksual.

Itu dari pandangan kami, mungkin anda mempunyai penilaian yang berbeza. Apa-apa pun, jangan lupa saksikan filem komedi ini bersama rakan-rakan dan keluarga mulai 20 Februari di panggung berhampiran anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"13 Tahun Tak Mampu Layan Isteri"-Nazrief Nazri Dedah Derita Watak Homoseksual Dalam ‘Seribu Tahun’
adam john rock 4bulan terryfilem malaysia lgbthazamaLGBTmamat khalidnazimiReview filem rock 4Review Rock 4 rockers Never Dairimba bara 2rock 4Sharwani NS
https://lomp.at/jwn04
Share63Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem