Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“13 Tahun Tak Mampu Layan Isteri”-Nazrief Nazri Dedah Derita Watak Homoseksual Dalam ‘Seribu Tahun’

by Puteri Alia
May 21, 2025
145
KONGSIAN
Share on Facebook

Memahami dilema golongan homoseksual, pelakon Nazrief Nazri menyeru masyarakat agar tidak menghukum sebaliknya membantu mereka kembali kepada fitrah yang sebenar. Menerusi lakonannya sebagai Dr. Zahar dalam drama Seribu Tahun, Nazrief mengakui menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang berterima kasih kerana watak itu mencerminkan perjuangan sebenar mereka yang bergelut melawan nafsu songsang. Menurut Nazrief, watak itu bukan sekadar lakonan, tetapi sebuah mesej penting bahawa setiap manusia sedang melalui ujian yang berbeza, dan bukan semua memilih jalan hidup mereka dengan mudah.

Katanya, ada individu mengaku pernah menangis melihat perjalanan karakter Dr. Zahar, terutamanya kerana ia mengangkat kisah dalaman seorang lelaki yang selama 13 tahun perkahwinan masih tidak mampu menyantuni isterinya seperti suami normal. Nazrief menjelaskan ada babak menyayat hati ketika watak itu menulis surat kepada Tuhan kerana terlalu rindu ingin menjadi suami dan ayah seperti lelaki lain. Babak akhir menyaksikan Zahar cemburu melihat rakan lamanya, Fakhrul yang kini sudah mempunyai tiga anak dan keluarga bahagia, membuatkan penonton semakin memahami konflik emosi watak tersebut.

Nazrief turut berkongsi perasaannya melakonkan babak janggal bersama pelakon baharu, Zarif Ghazzi, termasuk adegan cubit pipi dan babak hampir bercumbu. Walaupun kurang selesa, dia tetap profesional demi menjayakan tugasan seni yang diberi. Nazrief juga menegaskan tiada gangguan daripada lelaki di media sosial meskipun membawakan watak homoseksual, malah reputasinya sebelum ini yang pernah menegur individu tidak senonoh di media sosial mungkin menjadi sebab dirinya tidak didekati dengan cara yang salah.

Jelasnya lagi, masyarakat harus faham bahawa drama Seribu Tahun bukan mempromosikan gaya hidup songsang, sebaliknya mahu membuka mata tentang realiti kehidupan golongan ini yang tidak semua ingin berada dalam keadaan tersebut dan sentiasa berdoa untuk berubah.

KATSEYE Lara Tampil Mengaku Sebagai Queer- "Saya 'Half Fruitcake' Sejak 8 Tahun"

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Noorkhiriah, Azhan Rani, Emma Maembong dan Laila Nasir. Seribu Tahun kini memasuki minggu akhir tayangan di Astro Ria pada pukul 9 malam dan bakal meninggalkan impak emosi yang mendalam buat penonton.

What’s your Reaction?
+1
11
+1
7
+1
3
+1
3
+1
3
+1
6

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

LGBTnazrief nazrisongsang
https://lomp.at/fpkam
Share58Tweet36SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem