[GIVEAWAY] Menang Sepasang Tiket Tayangan Eksklusif Filem Seram ‘Rumah Kentang: The Beginning’

451

Sudahkah anda melihat trailer Rumah Kentang :The Beginning? Kalau ya, anda pasti perasan ada satu adegan yang menunjukkan watak yang dilakonkan oleh Luna Maya memuntahkan kentang dari mulutnya. Percaya atau tidak, demi babak itu, Luna Maya sampai tersedak dan terpaksa mengulangi semula adegan dalam filem yang diarahkan oleh pengarah filem Rizal Mantovani. 

Rumah Kentang :The Beginning, adalah sebuah filem berdasarkankisah legenda masayarakat Indonesia. Tetapi Rumah Kentang yang dibangkitkan dalam filem ini adalah kisah Rumah Kentang yang terletak di Bandung. Untuk maklumat, terdapat beberapa kisah rumah kentang terkenal di Indonesia, seperti rumah kentang di Yogyakarta, Jakarta (kawadan Dharmawangsa) hinggalah Depok.

IKLAN

Dipetik dari Kompas, walaupun tajuk yang sama, filem yang dibintangi oleh Christian Sugiono itu tidak ada kaitan dengan filem Rumah Kentang(2012), yang dibintangi oleh Shandy Aulia dan Tasya. Di samping itu, Rumah Kentang :The Beginning berlatarbelakangkan pada era 1980-an, dan cuba untuk mengungkap permulaan kenapa dipanggil Rumah Kentang di kalangan masyarakat.

Sinopsis Ringkas

Filem ini mengisahkan Adrian (Christian Sugiono) dan Sofie (Luna Maya), pasangan berkahwin dan novelis seram, dicabar untuk membuat novel-novel baru berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Bersama anak-anak dan nenek mereka, mereka datang ke rumah yang ditinggalkan oleh orang tua Sofie yang terletak di tengah-tengah ladang kentang di Bandung untuk mendapatkan inspirasi.

Tetapi mereka tidak tahu tentang rumah itu, ada kejadian yang tragis.

Perkara-perkara aneh sering berlaku pada waktu malam apabila mereka mencium aroma kentang dan mendengar tangisan anak-anak. Perlahan, kisah novel seram mereka menjadi kenyataan.

Menang Tiket Tayangan Eksklusif Filem ‘Rumah Kentang :The Beginning’

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat Murai MY, pada hari Isnin , 24 Februari 2020 , jam 9 malam bertempat di TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk menonton lebih awal filem ini dengan memenangi sepasang tiket tayangan eksklusif!

Caranya anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

IKLAN

Ikuti langkah-langkah ini untuk memenangi tiket!

  1. ‘Like’ Facebook murai.my, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan Twitter @MuraiMalaysia.
  2. Kongsi Poster filem “Rumah Kentang: The Beginning ” di media sosial anda, dan sertakan slogan ini dengan menjawab soalan dibawah:

Saya nak menang peraduan Tayangan EKSKLUSIF filem “SRumah Kentang: The Beginning” bersama Murai MY. Rasa tak sabar nak menonton filem “Rumah Kentang: The Beginning” kerana ada pelakon hebat seperti …. (sebut 2 nama pelakon yang membintangi filem ini).

  • Sertakan hashtags  #MuraiMY #RumahKentangTheBeginningMY #TGVPictures, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  • Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  • Pemenang akan dihubungi pihak Murai MY melalui Facebook anda.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  TGV One Utama pada 24 Februari bermula jam 8 malam hingga 8.45 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 8.45 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda