Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Sedih! Anak Mula Mencari-Cari Arwah Abam

by Khai Azfar
February 14, 2020
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian Allahyarham Abam Bocey sehingga ke hari ini masih dirasai buat peminat apatah lagi sahabat dan ahli keluarganya. Lebih menyayatkan hati, Abam meninggalkan seorang isteri Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan sudah mula tercari-cari bapanya.

Anak Mula Cari Abam

Selepas empat hari pemergian Abam,menurut adiknya yang juga pelakon dan pelawak Ali Puteh berkata anaknya yang disapa sebagai Hamzah mula mencari-cari bapanya. Malah Siti Nurhidayah juga banyak mendiamkan diri.

“Anak arwah sudah mula tercari-cari bapanya. Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.

“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Isteri Ali Hamil Enam Minggu 

Dalam pada itu, Ali turut berkongsi khabar gembira yang mana isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu. Tatkala menerima berita gembira itu, Ali masih sebak terkenangkan arwah abangnya yang tentu akan berkongsi kegembiraan yang sama.Terdahulu, Ali turut kehilangan anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung pada 26 November 2019.

“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.

Fad Bocey Mengaku ‘Barai’ Lihat Jasad Arwah Abam-"Separuh Sayap Saya Hilang Sejak Hari Itu"

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Abam dan Ainul.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
abam boceyanak abam boceyanak selebriti
https://lomp.at/6epyz
Share41Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem