Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Saya Rasa Nak Bunuh Diri – Zynakal Kongsi Pengalaman Di Wad Psikiatri

by Khai Azfar
February 17, 2020
90
KONGSIAN
Share on Facebook

Ogos tahun lalu, penyanyi remaja Zynakal ditahan polis selepas mengasari seorang pekerja stesen minyak.Ekoran itu, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli,21 telah ditahan polis dan menjadi mangsa kecaman netizen. Dalam kes tersebut, Mahkamah Majistret Ampang kemudian mengenakan hukuman denda RM800 bagi kesalahan mendatangkan kecederaan dan tambahan denda RM2,000 atas kesalahan kedua terhadapnya.

Zynakal Hidapi Bipolar Mania 

Setelah beberapa bulan berlalu, Zyn kembali mewarnai industri. Dalam pada itu, Zyn mendedahkan segala apa yang terjadi ada kerana penyakit bipolar mania yang dihidapinya. Menerusi laman YouTube Indigital Music, Zyn menceritakan kembali detik-detik dia menerima rawatan di sebuah hospital dan ditempatkan di wad psikiatri.

Jelas Zyn, dia tidak menyedari tekanan mahupun penyakit yang dihadapinya dan ‘terus’ melayan mereka yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya sehingga membuatkan namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi.

“Saya rasa bila ada haters ini, saya boleh fight dan tahu apa yang saya buat kononnya tahu semuanya betul. Benda-benda itu sebenarnya salah, saya ambil ringan terutamanya berkaitan tekanan sampailah saya disahkan hidapi bipolar mania oleh HKL”

Tidak Sedar Ditempatkan Di Wad Psikiatri 

Dedah Zyn lagi, sewaktu dia menjalani pemeriksaan dia secara tiba-tiba pengsan selepas dicucuk oleh kakitangan hospital. Tanpa disedari, dia sudah berada di wad psikiatri malah pakaiannya juga telah ditukar kepada baju pesakit hospital tersebut.

“Mereka macam ‘pancing’ saya cakap nak buat pemeriksaan kesihatan sebab dalam lokap kotor. Sampai sahaja disana memang betul ada buat pemeriksaan tapi selepas ada doktor cucuk saya, terus pengsan.”

“Bila saya bangun, saya tengok tertulis wad psikiatri. Saya pun tertanya sejak bila saya disnini apatah lagi pakaian pun semua dah tukar kepada baju hospital”

Menurut pelantun ‘Sakit’ ini, dia hanya sedar bahawa dia sebenarnya sakit pada minggu seterusnya apabila dimaklumkan oleh doktor.

YouTube video

Buat masa ini dia akan terus bergantung kepada ubat yang diberikan memandangkan penyakit ini mengambil masa untuk sembuh. Bagaimanapun, Zyn akui kesan daripada penyakit tersebut dia tidak mampu aktif seperti dahulu.

“Saya juga diberikan ubat berterusan memandangkan penyakit ini bukan mudah juga untuk disembuhkan. Impaknya saya sudah tidak aktif lagi macam dulu,”

Terfikir Untuk Bunuh Diri 

YouTube video

Lebih mengejutkan, Zyn turut memberitahu dia pernah terfikir untuk membunuh diri sendiri gara-gara kesan dari tidak menukar ubat yang menyebabkan dia mengalami tekanan yang agak melampau.

“Pernah satu tahap itu, saya rasa sakit sangat kepala dan selepas itu terus terfikir macam nak bunuh diri, putus asa untuk hidup. Masa itu saya hanya duduk rumah, tak bergaul dan bertegur sapa dengan sesiapa”

Bagi mereka yang ingin mendengar pengakuan sebenar penyanyi ini, boleh mengikuti kesuluruhan kisah Zyn menerusi video dimuatnaik tersebut yang kini mencecah lebih dari

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Zynakal
https://lomp.at/min01
Share38Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem