Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Dayana Armeda Tuntut Hak Pencipta Lagu ‘Sumpah’ Naim Daniel

by Khai Azfar
February 20, 2020
413
KONGSIAN
Share on Facebook

“Sumpah” yang mula menjadi! Mungkin itulah yang boleh digambarkan buat Juara Lagu 34 dendangan Naim Daniel. Beberapa minggu selepas lagu tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu, muncul pula kontroversi baru apabila bekas kekasihnya menuntut hak cipta bersama.

Tuntut Hak Bersama 

Gambar Astro Gempak

Menerusi sidang media yang diadakan malam tadi, bekas kekasih Naim yang juga penyanyi, Dayana Amerda ingin membuat tuntutan hak cipta bersama lagu Sumpah. Jelas Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 21, ianya bukanlah soal wang ringgit sebaliknya kerana hak semata-semata.

“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya.

“Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua,” katanya.

Beri Tempoh Seminggu 

Dalam pada itu, Dayana memberi tempoh selama seminggu kepada Naim untuk membuat pengakuan secara terbuka dengan menyatakan lagu Sumpah merupakan karya ciptaan bersamanya. Jelas Dayana, dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagu itu juga merupakan ciptaannya.

“Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan”

“Tak kisahlah dalam bentuk video atau sidang media ke..cuma pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci,”

Terdahulu, pada Julai tahun lalu isu lagu Sumpah mula menjadi bualan ramai sehingga kedua-dua pihak tampil memberikan kenyataan.

Dikhabarkan lagu ini dicipta bersama sekitar tahun 2015 ketika kedua-dua penyanyi ini sedang menjalinkan hubungan cinta. Sebagai info, Dayana merupakan juara Idola Kecil bagi musim kedua.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
“Saya Takkan Ulas, Ini Tuduhan Berat”-Naim Daniel Serah Diri Pada Mahkamah
Dayana Amerdanaim danielNaim Daniel Dayana Amerda
https://lomp.at/2fnus
Share202Tweet88SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem