Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Khai Bahar Cabar Diri Kerana ‘HatiNyawa’

by Khai Azfar
February 25, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, bermula dari YouTube seterusnya aplikasi ‘Smule’ nama penyanyi popular Khai Bahar terus meniti di bibir peminat sekaligus menjadikannnya Khai ataupun nama sebenarnya ‎Muhammad Khairul bin Baharuddin sebagai salah seorang penyanyi lelaki paling popular.

Tampil Dengan HatiNyawa 

Selepas hampir 4 tahun bertapak di arena Muzik bersama 16 buah lagu termasuklah lagu duet bersama penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordina, Khai bawakan sesuatu yang baharu sebagai permulaan 2020 buatnya.

Menampilkan single berjudul HatiNyawa, Khai memilih Faizal Tahir menerusi syarikat rakaman Faithful untuk berkolaborasi dalam menerbitkan single terbaharunya itu. Menariknya mengenai HatiNyawa, ini merupakan percubaa kedua Khai dalam mempertaruhkan lagu berentak rancak.

Belajar Menari 

Malah demi menjayakan single yang turut dicipta bersama Mike Chan, Mage, Ja’a dan Karim Karam itu, Khai telah menari untuk muzik video lagu yang baginya merupakan satu cabaran buatya.

“Sudah lama saya berhasrat bekerjasama dengan mereka, terima kasih kepada Faithful Music kerana memberi peluang pada saya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia lain daripada lagu-lagu saya, berentak rancak, malah saya juga menari untuk muzik video HatiNyawa.Saya mengambil masa selama tiga hari untuk belajar menari dan segalanya. Ini dikira cabaran baharu untuk mewarnai karier saya,” katanya ketika ditemui Murai.My di sidang media single terbaharu nya itu di Warner Music Malaysia minggu lalu.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah dia sengaja meniru gaya muzik penyanyi remaja lain seperti Ismail Izzani, Andi Bernadee dan Afieq Shazwan, penyanyi berusia 25 tahun ini menafikannya.

“Bagi saya, setiap muzik video mempunyai kelainan tersendiri, jadi muzik video saya ini tidak meniru sesiapa. Ia berentak pop dance dan kami sesuaikan tarian mengikut rentak lagu.

“Kalau orang nak komen muzik video kami sama, saya rasa tidak kerana semuanya jauh berbeza dan punyai gaya tersendiri”

Dalam perkembangan lain, Khai kini sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert solo pertama nya yang akan diadakan di Istana Budaya pada 27 dan 28 Mac kelak yang diberikan judul sebagai Konsert Khai Bahar Dari Smule ke Pentas Dunia.

Topik Berkaitan Khai Bahar Nekad Jual Rumah Dan Balik Kampung Lepas Kehilangan Orang Tuanya

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
khai bahar
Share11Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara