Sebelum ini, kontroversi bertiup kencang apabila pelakon Laudya Cynthia Bella telah memadam semua gambar-gambar bersama suaminya, Engku Emran di laman Instagram miliknya.

Jaga Privasi

Biarpun begitu, menurut Bella dia enggan lagi berkongsi gambar bersama suaminya kerana ingin menjaga privasi. Namun begitu, Bella turut dikatakan telah berhenti mengikuti akaun Instagram suaminya sekaligus membuatkan netizen memberi spekulasi bahawa rumahtangga pelakon ini sedang berantakan.

IKLAN

Terbaru, netizen mempersoalkan mengenai rakaman video Bella yang muncul di sebuah majlis tanpa memakai cincin perkahwinannya sekaligus mengandaikan mengenai spekulasi rumahtangganya bersama Engku Emran.

Sebelum ini, menerusi sebuah wawancara Status Selebritis yang dimuat naik di Youtube SCTV Ahad lalu, Bella mengaku telah minta izin untuk pulang ke Jakarta selama 10 hari.

“Izin pergi dari suami tu paling lama 10 hari. Filem setahun cuma boleh satu filem. Kalau bisnes dia lebih sokong.

“Kerana menurut dia saya boleh lebih belajar,” ujarnya dalam wawancara tersebut.

Bagaimanapun, gambar-gambar Bella masih lagi berada dalam akaun Intagram suaminya. Sebagai info,Bella dan Engku Emran telah berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN

Komen Anda