Setelah sekian lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai Kumpulan Rabbani, peminat dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa salah seorang anggota kumpuan itu, Nazrul Azhar yang kini terlantar sakit di hospital.

Alami Masalah Buah Pinggang 

Berita itu dikongsikan sendiri oleh ketua kumpulan Rabbani Azadan Abdul Aziz menerusi laman Facebook nya semalam. Menurut Azadan, Nazrul telah mengalami masalah buah pinggang dan suhu badannya meningkat sehingga demam panas ketika sedang melakukan rawatan dialisis di Hospital Selayang.

IKLAN

Berada Di Bawah Pemerhatian Doktor 

Bagaimanapun keadaannya kini stabil dan masih berada di bawah pemerhatian doktor. Kongsi Azadan lagi,dia mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan rakannya itu untuk pulih seperti sedia kala.

Rata-rata peminat turut terkejut dan berasa simpati dengan keadaan terkini Nazrul apatah lagi fizikalnya yang dilihat jauh berubah dari dahulu. Sama-sama kita doakan!