Baru-baru ini kecoh mengenai bekas juara tinju kelas dunia, Mike Tyson dilaporkan menawar AS$ 10 juta atau sekitar RM 40 Juta kepada mereka yang ingin menikahi anak perempuannya, Mikey Lorna.

Berita yang dianggap khabar angin ini mendakwa bahawa Tyson mencari calon sesuai sebagai menantu lelakinya berkahwin dengan Mikey, yang merupakan anak sulung nya. Mikey kini berusia 30 tahun dan belum mempunyai pasangan hidup.

Dikhabarkan bekas petinju yang kini sedang menjalankan perniagaan ganja, siap sedia membayar RM40 Juta bagi seorang lelaki yang ingin bernikah dengan Mikey.

IKLAN

Tyson Menafikan

Dipetik dari Guardian, Tyson menafikan khabar angin itu. Lelaki berusia 53 tahun itu marah dan menuntut beberapa saluran media yang mengumumkan berita yang tidak benar itu untuk menarik semula berita itu.

Tidak semua saluran media yang menyebarkan berita palsu itu menarik balik liputan mereka. Tyson juga dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang.

Tyson mempunyai tujuh orang anak, Gena, Rayna, Amir, D’Amato Kilrain, Mikey Lorna, Miguel Leon dan Exodus dari beberapa perkahwinannya.

Tyson telah diisytiharkan muflis selepas bersara daripada tinju pada tahun 2005. Namun dia bangkit menjadi ahli perniagaan yang berjaya dalam dunia ganja.