Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Norjuma Habib Gagal Patuhi Penghakiman Ingkar Kehadiran

by Khai Azfar
March 4, 2020
185
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam telah berlangsungnya sesi sidang media berkenaan satu saman fitnah antara Fame Up Entertainment terhadap Norjuma Habib Mohamed di PWTC, Kuala Lumpur.

Norjuma Elak Terima Serahan Mahkamah

Terdahulu, kes saman itu telah difailkan oleh syarikat Fame Up Entertainment menerusi pengarah urusannya, Zuriawati Zaidi, 40. Menurut plaintif (pihak Fame Up ) mereka telah melantik peguam Muhammad Hassanuddin Roslan dari Chung, Hasnal & Partners sebagai peguam kes dan telah memfailkan penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 28 Mac 2019.

Dikatakan , pihak defendan (Norjuma) gagal hadir ke mahkamah dan mengelak untuk menerima serahan mahkamah. Biarpun begitu, pemilik jenama Aidijuma ini tetap hadir ke sesi sidang media semalam namun beredar tidak lama kemudian selepas menimbulkan kekecohan yang turut disaksikan oleh peguam dan para media yang dijemput untuk membuat liputan.

Menurut peguam Hassanuddin ketika ditemui Murai.my antara tuntutan yang dibuat dengan terma penghakiman  adalah ganti rugi yang akan ditetapkan dalam suatu pendengaran taksiran gantirugi kelak yang mana turut memfailkan penahanan defendan mahupun ‘agennya’ daripada terus berbicara atau menyebabkan fitnah terhadap plaintif.

Pinda Permohonan Maaf

Dalam pada itu, peguam turut memohon kepada mahkamah sesyen Kuala Lumpur agar tuntutan permohonan maaf yang dibuat Norjuma dipinda ke sebuah akhbar tempatan lain yang mana sebelum ini tuntutan tersebut akan dibuat dalam akhbar Utusan Malaysia.

Difahamkan sehingga ke hari ini Norjuma masih gagal untuk mematuhi Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut.

Nafi Serang Ibu Bapa Norjuma

Dalam perkembangan lain, pihak peguam turut menafikan bahawa mereka telah menyerang ibubapa usahawan itu seperti yang di nyatakan menerusi akaun Instagram nya pada 10 Januari yang lalu.

“Pihak kami menafikan dengan keras pernyataan Norjuma Habib Mohamed tersebut.Hakikatnya pada 2 Disember 2019 pihak peguamcara kami hanya hadir untuk menyerahkan Penghakiman Ingkar tersebut kepadanya secara kediri. Selepas dimaklumkan bahawa dia tiada di rumah, peguamcara kami telah pulang tanpa ‘menyerang’ sesiapa”

Dalam kenyataannya, Norjuma mendakwa pihak peguam telah menghantar seseorang untuk menyerang ibubapa nya pada 2 Disember sebaliknya individu tersebut merupakan peguamcara mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
norjumaNorjuma disaman
https://lomp.at/5ckgl
Share76Tweet45SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem