Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gagal Hadir Ke Mahkamah! Norjuma Akan Diberikan Perintah Penyampaian Ganti

by Khai Azfar
March 4, 2019
Share on Facebook

Hari ini sepatutnya akan berlangsung sesi pendengaran kes antara Fame Up Entertainment, Muhammad Luqman Hakim (Facebook Otai Bersih) dan Datin Norjuma Habib Mohamed berkenaan satu tuduhan fitnah di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur.

Sebelum ini, satu sidang media khas telah diadakan berkenaan isu saman terhadap bekas personality tv yang juga usahawan terkenal, Norjuma dan satu pihak lain, iaitu pemilik Facebook Otai Bersih. Kes saman itu telah difailkan oleh syarikat Fame Up Entertainment menerusi pengarah urusannya, Zuriawati Zaidi, 39. Menurut plaintif (pihak Fame Up ) mereka telah melantik Azlan Abdul Razak sebagai peguam kes dan telah memfailkan writ saman di Mahkamah Kuala Lumpur pada 22 Januari baru-baru ini sebelum sesi pendengaran kes dijadualkan pada hari ini.

Norjuma Elak Terima Serahan Mahkamah

Namun begitu, pihak defendan (Norjuma) gagal hadir ke mahkamah dan dikatakan telah mengelak untuk menerima serahan mahkamah berkenaan sesi pendengaran pada hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut, peguam Fame Up, Azlan ketika ditemui murai.my berkata perintah penyampaian ganti akan diberikan kepada pihak defendan untuk sesi pendengaran yang dijadualkan semula pada 12 Mac ini.

Boleh Dikenakan Perintah Ganti

SIdang media yang diadakan sebelum ini

Sekiranya pihak defendan masih menolak surat serahan, mahkamah boleh memberi perintah ganti yang mana klausa mahkamah akan ditampalkan di papan tanda mahkamah, di alamat dan juga di dada akhbar nasional. Jelasnya lagi, dia cuba menghubungi Norjuma bagi mengadakan temujanji bagi serahan klausa mahkamah berkenaan prosiding hari ini, namun Norjuma menolaknya atas sebab-sebab tertentu

“ Saya ada cuba menghubungi Norjuma untuk temujanji bagi serahan klausa Mahkamah tetap Norjuma menolak untuk berjumpa. Sebenarnya, apa-apa sebab tidak boleh dijadikan alasan kerana perkara berkenaan mahkamah seharusnya diberikan keutamaan”

Terdahulu, saman itu dibuat oleh Fame Up bagi membersihkan nama mereka sendiri selepas difitnah defendan (Norjuma) yang mengaitkan pihak mereka memuat naik dan menyebarkan sebuah video kononnya dikatakan terkandung aksi lucah membabitkan dua individu terkenal dalam negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datin norjuma habib mohamedFame Up EntertainmentNorjuma disaman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara