Mengejutkan Peminat! Katy Perry Dedah Sedang Sarat Hamil

Berasa teruja dan gembira kerana tidak perlu lagi berselindung, menurut Katy berita terebut merupakan rahsia yang paling lama pernah disimpannya sepanjang hidup.

Mesti Baca

Siapa sangka, dua berita gembira telah diumumkan oleh penyanyi popular Hollywood, Katy Pery semalam. Katy bukan sahaja telah melancarkan muzik video terbarunya, Never Worn White malah turut mengumumkan dirinya kini sedang hamil.

Rahsia Paling Lama Pernah Disimpan 

Berjaya menyembunyikan berita tersebut selama ini, akhirnya isteri kepada Orlando Bloom itu mendedahkan segalanya. Berasa teruja dan gembira kerana tidak perlu lagi berselindung, menurut Katy berita terebut merupakan rahsia yang paling lama pernah disimpannya sepanjang hidup.

View this post on Instagram

Let’s just say it’s gonna be a jam packed summer… 🎶♥️🙂 #NeverWornWhite is out now

IKLAN



A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Banyak Khabar Gembira 

Lebih manis, dalam video muzik tersebut turut memperlihatkan ‘baby bump’ Katy yang dipuji ramai peminat. Selain mengesahkan khabar berita mengenai dia sedang hamil, Katy juga mengumumkan pelbagai khabar gembira akan diumumkan menjelang musim panas tahun ini.

Katy dan Orlando mula bersama pada tahun 2016 sebelum mengikat tali pertunangan sekitar 2019. Orlando terlebih dahulu menjadi seorang bapa kepada seorang anak lelaki berusia 9 tahun, Flynn yang merupakan hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.

Terkini

Justin Bieber Dedah Kesukaran Ketika Awal Perkahwinan Bersama Hailey Baldwin

Justin Bieber membuat pendedahan betapa sukarnya ketika tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Hailey Baldwin. Tahun Yang Sangat Sukar Melalui temubualnya bersama...

Artikel Berkaitan