Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Yuna Terharu Dapat Bersama Dengan Jennifer Lopez Untuk Coach

by Zaidin Albert
March 10, 2020
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Umumnya, jenama fesyen terkemuka Coach sedang mempromosikan kempen terbarunya ‘Originals Go Their Own Way’ dengan tanda pagar #thecoachoriginals.

Pelancaran ini sekaligus memperkenalkan wajah baru dari Coach iaitu Jennifer Lopez, dan wajah global untuk koleksi pakaian lelaki Coach, aktor dan produser Michael B Jordan.

Keaslian diri menjadi tema kempen ini dan pihak Coach telah memilih beberapa selebriti terkemuka dunia termasuk Jennifer Lopez bagi mendapatkan jawapan, apakah keaslian dalam diri mereka.

Namun siapa sangka, Coach juga telah memilih selebriti dari Malaysia bagi memeriahkan kempen ini menerusi akaun Instagram rasmi mereka, @coach.

Sangat membanggakan apabila Coach memilih penyanyi Yuna Zarai bersama-sama dengan artis-artis terkenal di dunia menjayakan kempen ini.

Di halaman Instagram rasmi Coach, selain Jennifer Lopez & Michael B Jordan, terlihat Yuna juga memberikan pandangan peribadi dan jawapan ringkas dari beberapa soalan yang diajukan.

View this post on Instagram

A post shared by Coach (@coach)

Dalam pada itu, di instagram peribadi Yuna, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak jenama Coach kerana memilih dirinya menjayakan kempen ini.

Tambahnya lagi, dia sangat gembira kerana dapat berada dalam video yang sama seperti artis idolanya, Jennifer Lopez.

https://www.instagram.com/p/B9iFFYUhIAR/

Siapa sangka, Yuna dengan penampilan berhijab dipilih oleh jenama berpengaruh Amerika ini untuk terlibat sama dalam kempen berprestij ini.

Pemilihan Jennifer Lopez

Coach sebelum ini  mendedahkan sebab mereka memilih Jennifer Lopez sebagai ‘Wajah Global’ terbaru Coach. Semangat Jennifer Lopez dalam membina kerjayanya sejak dia menjejakkan kaki di kota New York, dianggap seiring dengan semangat Coach yang juga diasaskan di New York, 78 tahun yang lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Coach MalaysiaJennifer Lopez & Michael B JordanJennifer Lopez dan YunaJennifer Lopez YunaOriginals Go Their Own WayYuna Zarai Coach
Share17Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara