Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Rozi Dedah Sudah Berpisah Dengan Abang Siti Nurhaliza Dua Tahun Lalu

by Khai Azfar
March 11, 2020
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah acap kali ditanya perkhabaran mengenai dimanakah suami Rozi Abdul Razak, yang merupakan abang kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya pengurus penyanyi nombor satu negara itu mendedahkan status perkahwinannya.

Jalan Yang Terbaik 

Menerusi perkongsian dalam Majalah Jelita dedah Rozi sebenarnya dia telah berpisah dengan Abang Siti, Ayie sejak dua tahun yang lalu. Menurut Rozi, mereka memutuskan untuk berpisah setelah memikirkan jalan yang terbaik.

View this post on Instagram

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

Jelasnya jarang sekali dia mahu berkongsi kisah peribadinya namun kali ini dia berkesudian untuk berbuat demikian kerana ingin memberikan inspirasi dan motivasi buat wanita diluar sana.

“Jarang-jarang sekali saya nak bercerita hal peribadi tetapi di sebaliknya saya sudi ditemubual kerana mahu berkongsi motivasi dan inspirasi.

“Masih ramai yang bertanya di mana suami saya, kenapa tiada gambar suami? Sebenarnya status saya sekarang sebagai ibu tunggal dan sudahpun hampir dua tahun lebih.

“Kami ke mahkamah untuk memutuskan berpisah. Rakan-rakan dan keluarga terdekat memang mengetahui itu jalan terbaik untuk kami,”

Cabaran Bergelar Ibu Tunggal 

Kongsi Rozi lagi, bergelar ibu tunggal sudah semestinya berhadapan dengan pelbagai cabaran namun berkat dia mampu berdikari sejak dahulu, dia terus menempuhinya demi membesarkan anak-anak.

“Apabila bergelar ibu tunggal tanpa pasangan sudah tentu ada cabaran tertentu.

“Mujurlah saya sangat berdikari dan ada pekerjaan tetap, jadi saya hanya teruskan apa yang saya sudah lalui.

“Cuma cabarannya saya memikul seorang diri ketika anak-anak sedang membesar serta memerlukan banyak perbelanjaan.

Awal tahun lalu, isu ini turut menjadi bualan hangat dalam sebuah laman sembang pojok apabila Rozi seolah-olah mendedahkan ‘sesuatu’ menerusi penulisanya di dalam sebuah majalah tempatan.

Sebagai info, hasil perkahwinan Rozi dan Ayie mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

"Saya Nak Makan Aiskrim, Jangan Bagitahu Kak Zie"-Siti Nurhaliza
abang siti nurhalizarozi sang dewirozi sang dewi bercerai
https://lomp.at/g1b1j
Share452Tweet278SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem