Tanpa berasa malu dan mengambil sikap yang bertanggungjawab, pelakon popular Hollywood Tom Hanks telah disahkan positif wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Demam Ketika Berada Di Australia 

Lebih mengejutkan, isterinya turut disahkan positif. Berita itu diumumkan Tom menerusi laman media sosial nya. Menurut Tom, mereka telah demam ketika berada di Australia bagi menjalani penggambaran filem kisah hidup Elvis Presley.

elasnya lagi, dia akan berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan mereka setelah mengambil langkah untuk mengasingkan diri serta menjalani pemantauan kesihatan. Dengan pengumuman tersebut sekaligus menjadikan Tom sebagai selebriti pertama yang disahkan terkena wabak tersebut.

Cristiano Ronaldo Dikuarantin 

Dalam perkembangan lain,bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dilaporkan harus menjalani kuarantin di rumahnya di Madeira selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif COVID-19.

IKLAN

Lebih membimbangkan, Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan pemain itu sebelum ini.Selain Ronaldo, semua pemain Juventus turut dikuarantinkan termasuklah dari Inter Milan yang bersaing dengan kumpulan itu baru-baru ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry