Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Makan! 5 Makanan Tradisi Tempatan Yang Kita Boleh Makan Hanya Di Kuala Lumpur

by Amirul Fikry
March 15, 2020
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Penduduk di Malaysia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Ada dikalangan kita yang sanggup memandu jauh hanya untuk merasai sendiri makanan yang diidamkan. Sekarang kami akan kongsikan dengan anda 5 jenis makanan tradisi negeri lain yang kita boleh dapat hanya di Kuala Lumpur.

Ikan Bakar Semporna

Kini anda boleh rasai sendiri keenakan dan kesegaran makanan laut dari Sabah tanpa perlu terbang kesana. Kedai yang terletak di Pusat Niaga Metro Prima , Kepong ini menyediakan pelbagai jenis makanan Sabah yang sedap dengan harga yang amat berpatutan.

Bahan-bahan yang digunakan juga diimport terus dari sana dengan menggunakan kargo udara. Kedai ini turut menyajikan menu seperti latok, sejenis rumpai laut yang rasanya sedikit masin dan rangup, seperti ada letupan kecil dimulut saat dikunyah, enak dimakan bersama sambal cicah, kepak ayam panggang yang diperap dan dipanggang menggunakan dapur arang, agar-agar kerabu kolagen yang diperbuat daripada hirisan mangga dan rumpai laut yang cukup popular di Sabah, kerabu ikan yang dicampurkan dengan isi ikan segar, sotong masak hitam, gulai pari (sagol), dan beberapa jenis kerabu khas ala Sabah.

Ikan bakar di kedai ini adalah menu wajib bagi setiap pengunjung yang berkunjung di kedai ini. Ikan ikan segar yang disediakan seperti ikan balawis kerana isinya yang lemak dan manis, ikan uji rashid (ikan mata besar) yang isinya amat padat dan mempunyai mata yang besar, ikan ayam iaitu ikan yang isinya terasa seakan akan isi ayam dan mempunyai tekstur kulit yang tebal.

Kedai ini sentiasa sesak dengan pengunjung yang datang bersilih ganti. Bagi penggemar makanan laut dan citarasa masakan sabah, anda wajib singgah dan cuba sendiri kenikmatan makanan disini.

Molek Café

Restoran yang terletak di Jalan Ipoh ini beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang sehingga jam 2.00 pagi. Makanan laut yang disediakan di kedai ini semuanya diimport dari Terengganu.

Menu yang disediakan adalah sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung, keropok lekor cicah colek, sotong bakar, ikan bakar, udang bakar, ikan singgang, nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak dan banyak lagi.

Harga yang dijual amat berpatutan dan rasa makanan disini saling tak tumpah seperti makananan di Terengganu. Restoran ini mendapat sambutan ramai kerana kesedapan rasa makanan disini dan pengunjung amat berpuas hati.

Pasar Pagi Kelantan

Yang mana yang rindukan kuih kuih atau makanan Kelantan, inilah tempat yang sesuai yang anda boleh kunjungi. Pasar pagi Kelantan ini dibuka setiap hari Ahad dari pukul 7.00 pagi sehingga 1 tengahari atau sehingga makanan habis.

Pasar ini terletak di Jalan Pantai Dalam berhampiran dengan Stesen Komuter Pantai Dalam. Barangan yang dijual disini biasanya datang segar dari Kelantan.

Pasar ini menjual pelbagai jenis kuih tradisional Kelantan seperti tapai, kuih peria, belebat ubi, ketupat, lompat tikam dan macam-macam lagi. Ada beberapa deretan kedai yang menjual nasi kerabu, laksam dan nasi berlauk.

Pasar ini juga menjual sayur-sayuran segar, buah-buahan, etok, ikan masik dan sebagainya. Apa tunggu lagi, jom lah meriahkan lagi suasana pasar pagi Kelantan. Pasti tidak akan mengecewakan walaupun anda perlu bersesak untuk membeli makanan disini.

Bangkok Street Food

Dibuka pada tahun 2016, Restoran Bangkok Sreet Food yang terletak di Setapak ini begitu meriah dengan dekorasi lukisan grafitti di dinding restoran dan penggunaan meja yang berwarna warni.

Pelayan disini juga berpakaian seperti pekerja bazaar makanan di Thailand. Restoran ini menghidangkan lebih daripada 100 jenis makanan Thai yang autentik, sedap dan halal antaranya ialah Mieng Kam, Khan Tok, Larb kai, Siakap Krungthai, Tomayah Pok Tek, Mapraw Talay, Daging dan Ayam Pakrapow dan macam-macam lagi.

Bagi memastikan keaslian rasa, restoran ini menggunakan bahan-bahan mentah halal yang dibawa dari Thailand. Restoran ini juga tidak terlepas dari menyajikan pencuci mulut yang enak seperti Thai Banana Pancakes, steam Bread, Red Ruby Dessert, Pulut Durian dan juga Pulut Mangga.

Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 3.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Kalau anda mengidam makanan Thai, apa lagi yang ditunggu. Rasailah suasana seperti anda sedang berada di Thailand.

Kafe Sarawak

Sesiapa yang berasal dari Sarawak tapi menetap di Kuala Lumpur, pastinya akan merindui makanan Sarawak kan? Tapi bukan mudah untuk cari makanan Sarawak yang asli dan sedap. Disini, kami kongsikan dengan anda Kafe Sarawak yang terletak di Jalan Putra Sulaiman, Ampang.

Pengunjung yang berkunjung kesini amat berpuas hati dengan kualiti dan keaslian yang diberikan oleh pihak kafe. Menu yang sentiasa menjadi santapan pengunjung adalah Laksa Sarawak, mee kolok, mee goreng basah, corned beed fried rice, umai, manuk pansuh dan banyak lagi.

Servis yang diberikan juga pantas dan pelayan yang sangat ramah dan cantik. Jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung kesini, jangan risau kerana kafe ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan melalui talian aplikasi.

Apa sahaja jenis makanan yang dididamkan pasti ada di Kuala Lumpur. Moga anda berpuas hati dengan perkongsian ini.

https://lomp.at/u9am6
Share21Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Kopi Premium Bawah RM10? Café Mesra Buktikan Ianya Mampu Dimiliki

by Aphit J.
July 12, 2025

Siapa kata kopi premium mesti mahal? Di seluruh negara, rangkaian Café Mesra tampil membuktikan sebaliknya. Kopi Berkualiti via Madhat Asia...

Read more
Jalan-Jalan

Bandar Kyoto vs. Osaka: Mana Lebih Berbaloi untuk Percutian di Jepun?

Jepun menawarkan pelbagai destinasi menarik dan dua bandar yang sering menjadi pilihan pelancong ialah Kyoto dan Osaka. Walaupun kedua-duanya terletak...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Turkeye: Destinasi Pelancongan Mesra Muslim

Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara benua Asia dan Eropah, menjadi destinasi pelancongan yang sangat mesra Muslim. Dengan...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Jimat Besar, Jalan Jauh! Ini Cara Paling Bajet dan Chill Untuk ‘Explore’ Bandar Sydney, Australia

Pada bulan April yang lalu, MURAI ke Sydney untuk menikmati Vivid Sydney 2025, hasil trip bersama AirAsia X dan Destination...

Read more
by Phic ARMAN
July 5, 2025
Destinasi

Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia

Tak semua hari kita boleh kata, “Eh, tadi aku mandi dengan buaya, lepas tu breakfast tengah busut, petangnya naik unta...

Read more
by Phic ARMAN
July 3, 2025
Bisnes

Loacker Raikan Ulang Tahun Ke-100 Di One Utama Dengan Penuh Kelazatan!

Tahun ini, Loacker dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-100. Ini menandakan satu abad sejak Alfons Loacker memperkenalkan wafer pertama di...

Read more
by Naddy Joe
July 3, 2025
Destinasi

Fairmont Tokyo Rasmi Dibuka: Ini Sebab Kenapa Traveler Level ‘Kayangan’ Tak Boleh Miss Stay Sini

Buat korang yang tengah plan nak ‘upgrade’ percutian ke Jepun, ada satu berita hot yang wajib masuk dalam wishlist: Fairmont...

Read more
by Phic ARMAN
July 2, 2025
Destinasi

Singapore Oceanarium Bakal Dibuka Julai 2025: Tarikan Lautan Terbesar di Sentosa!

Bagi sesiapa yang gemar tempat bertemakan alam dan lautan, Singapura bakal memperkenalkan sebuah tarikan baharu yang pastinya menarik perhatian. Mulai...

Read more
by Phic ARMAN
June 26, 2025
Destinasi

AirAsia X Lancar Laluan KL–Tashkent: Inilah Sebab Kenapa Uzbekistan Jadi Destinasi Idaman Ramai!

Kalau selama ini anda tercari-cari destinasi luar kotak, jauh dari kesibukan kota moden tapi tetap kaya dengan budaya, sejarah dan...

Read more
by Phic ARMAN
June 23, 2025
Destinasi

[VIDEO] Ramai Tak Tahu, Ini Antara 7 Lata Di Malaysia Yang Boleh Dilawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja!

Bila sebut pasal air terjun, ramai akan terbayang tempat yang jauh di pedalaman atau perlu bermalam untuk sampai. Tapi sebenarnya,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 23, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem