Sejurus selepas pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengenai pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara beberapa syarikat dan jenama terkenal turut mengumumkan beberapa berita penting mengenai perniagaan mereka.

Penutupan Sementara Waktu 

Ini termasuklah syarikat pawagam terkenal dalam negara yang turut sama-sama membuat satu langkah drastik yang mana mengumumkan penutupan sementara waktu operasi mereka seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh syarikat GSC Cinemas dan TGV Cinemas menerusi laman sosial mereka.

MBO Teruskan Operasi Dengan Langkah Pencegahan 

Dalam perkongsian tersebut, kedua-dua syarikat ini telah mengumumkan kepada mereka yang sudah membeli tiket secara dalam talian sebelum ini akan dipulangkan dengan serta merta. Namun bagi syarikat MBO Cinemas pula, mereka masih meneruskan operasi seperti biasa.

Bagaimanapun, langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil yang mana setiap penonton dalam pawagam akan dijarakkan kedudukan kerusi mereka dengan penonton yang lain.