Susulan daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, rata-rata netizen mulai panik kerana beranggapan ianya seperti sebuah perintah berkurung.

Rakyat Panik!

Namun, kerajaan menegaskan tiada sebarang arahan perintah berkurung berikutan wabak COVID-19 diisytiharkan oleh kerajaan. Dikatakan tindakan beberapa pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu menerusi media sosial dan dikongsi antara satu sama lain menyumbang kepada kejadian pembelian panik di seluruh negara.

Borong Habis! 

Hasil carian Murai.my di media sosial turut mendapati orang ramai sanggup beratur panjang bermula petang semalam bagi mendapatkan keperluan barangan harian. Berikut kami kongsikan beberapa gambar ‘panic shopping’ diseluruh negara yang diambil dari pelbagai sumber.

IKLAN