Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Siti Sarah Perjelas Sebab Tajuk Lagu Ditukar

by Khai Azfar
March 17, 2020
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru sahaja muncul dengan debut, Dap Dap Dap namun penyanyi Siti Sarah Raisuddin terpaksa akur mengubah tajuk lagu tersebut kepada Manis.

Dikaitkan Dengan Nama Parti Politik 

Menurut Sarah, dia dan pihak pengurusan telah berbincang dan mengambil keputusan untuk mengubah tajuk lagu itu bagi mengelakkan terjadinya salah faham sesetengah pihak yang cuba mengaitkannya dengan nama sebuah parti politik.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Kongsi Sarah lagi, lebih mengecewakan video muzik dan lagu Dap Dap Dap yang sudah dimuatnaik di semua platform digital juga telah ditarik semula.

“Apabila ada netizen yang mengatakan lagu ini sedikit keliru kononnya melambangkan nama sebuah parti politik. Saya enggan mengambil sebarang risiko mengenai perkara itu dan ambil inisiatif untuk menukar tajuknya walaupun banyak kerja terpaksa dilakukan semula termasuk menarik semula lagu berkenaan di semua platform digital termasuk YouTube dan hasilkan yang baru,” ujarnya ketika dihubungi Murai.my

Manis Sudah Dimuatnaik 

Jelas Sarah lagu dengan tajuk baharu iaitu Manis sudah pun dimuatnaik semula sejak 15 Mac 2020. Meskipun hanya sekadar menukar tajuk namun bagi peminat-peminat Sarah mereka berasakan sebaliknya termasuklah menimbulkan tanda tanya apabila lagu tersebut secara tiba-tiba hilang di pelantar sosial.

“Walapun tajuk, ada peminat-peminat saya yang turut panik dan bertanyakan ‘kenapa hilang?’ sebab kebanyakan mereka mendengar lagu tersebut di platform digital”

Bagi isteri kepada pelawak Shuib ini, sepanjang pengalaman bergelar seorang penyanyi, ini adalah pengalaman pertama nya berhadapan dengan perkara yang sedemikan dan tidak sangka akan turut sama terpalit.

“sudah tentu saya rasa sayang dengan tajuk lagu sebelum ini.Tapi saya tak nak selepas ini ianya dikaitkan dengan mana-mana isu terutamanya politik. Kalau tengok dalam YouTube pun nama lagu sebelum ini sudah merujuk kepada yang lain, sudah ada ‘split viewer'”

“Ini adalah kali pertama saya tukar lagu. Pelik tapi benar mungkin boleh masuk Malaysia book Of Record” katanya sambil berseloroh

Dengan segala apa yang terjadi, Sarah menjadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati dalam setiap apa yang ingin dilakukannya. Manis oleh Siti Sarah kini boleh didengari di semua platform digital.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"
siti sarahSiti Sarah Manis
https://lomp.at/frqgy
Share45Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem