Seperti yang dijangka, filem Marvel dan Disney yang ditunggu-tunggu pada tahun ini, Black Widow juga akan ditangguhkan ekoran wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Ditangguhkan 

Sebelum ini, filem yang dibintangi oleh Scarlett Johansson itu dijadualkan tayangannya di seluruh dunia pada 1 Mei ini namun terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain. Bagaimanapun sehingga kini pihak Marvel mahupun Disney tidak membuat sebarang pengumuman mengenai tarikh baharu tayangan filem ini.

IKLAN

Dua Filem Lain Turut Mengalami Nasib Yang Sama

Selain Black Widow, filem terbitan syarikat itu turut menangguhkan tayangan The Personal History of David Copperfield dan The Woman in the Window yang turut dijadualkan pada Mei kelak. Terdahulu menerusi artikel Murai.my, sebanyak 9 filem lain turut mengalami nasib yang sama sehingga ada diantaranya ditangguhkan pada tahun hadapan.