Mesti ramai yang tidak tahu bahawa negara kita terdapat pelbagai  nama tempat yang pelik dan unik. Nama tempat yang ingin kami kongsikan kali ini memang benar-benar wujud di Malaysia. Dengar macam pelik tapi benar.

1Kampung Bogel, Terengganu

Iluminasi.com

Walaupun Kampung Bogel yang terletak dia Kampung La, Hulu Besut telahpun ditukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih lagi senang dengan memanggil nama Kampung Bogel.

Peneroka asal Kampung Bogel, Jusoh Mamat 78 berkata, nama Kampung Bogel sudah dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Namun dia tidak pasti mengapa kampung itu dikenali dengan nama itu kerana nama tersebut dipanggil sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

IKLAN

2Batak Rabit, Perak

Beitaharian

Barak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak yang terletak berhampiran  bandar Teluk Intan, Perak. Batak Rabit diberi nama sempena tentera upahan yang datang dari Daerah Batak Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1868 hingga 1874.

Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang menjadi syurga udang galah yang rata-ratanya didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak Sumatera.

3Kampung Dada Kering, Pahang

Kampung ini dinamakan Dada Kering keranatanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Kampung ini juga pernah menjadi lombong emas secara literal tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.

4Desa Temu Jodoh, Johor

Facebook

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun yang lalu dan dulu ianya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60km dari bandar Segamat.

Nama Desa Temu Jodoh diberi sempena majlis perkahwinan secara serentak yang membabitkan 24 pasangan yang kebanyakannya adalah peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

5Kampung Imam Lapar, Terengganu

Heritage Malaysia

Ada sebuah kisah yang menceritakan, terdapat 2 orang pedagang datang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan dan mendapati imam sedang kusyuk menghafal Al-Quran. Para pedagang itu kemudiannya difahamkan memberitahu imam itu yang mereka sedang lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafal) Al-Quran.

6Kampung Seronok, Pulau Pinang

Wikidata

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

IKLAN

7Kampung Baru Jumpa, Sabah

Malaysia

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25km dari Pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni oleh masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

8Kampung Atas Tol, Terengganu

says

Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air.

Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘ di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja. Lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan ‘Atas Tol’ pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

9Mambang Di Awan, Perak

orangperak.com

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyambut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan    kerana keletihan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

10Kota Sarang Semut, Kedah

pinterest.com

Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah. Semut yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.

11Kampung Penajis, Negeri Sembilan

facebook

Di Dun Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit, ‘ Tajeh’ yang  berasal dari suku kata ‘Taj’ yang bermaksud mahkota. Berkemungkinan juga ‘Penajeh’ bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

12Batang Melaka, Melaka

facebook

Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin dan sebahagian lagi di daerah Tampin, Negeri Sembilan dimana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka / Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960’an.

13 Jalan Microwave, Sabah

iluminasi.com

Jika anda sedang memandu di jalan raya sepanjang 350km yang sunyi jalan antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan, jangan terkejut apabila melihat papan tanda Jalan Microwave Stn KM 177 kerana ia merupakan papan tanda untuk ditertawakan. Jalan ini diberi nama Jalan Microwave kerana ia menghala ke menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit yang berhampiran.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry