Setelah khabar angin mengatakan rumah tangganya berantakan, usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa mengesahkan dia dan Noor Azlin Ismail  bukan lagi suami isteri. Berita ini dimaklumkan menerusi Instagram peribadi Alha sebentar tadi.

Dalam posting berbeza, Alha menerusi Instagramnya meluahkan apa yang terbuku di hati setelah terpaksa melepaskan isteri di usia perkahwinan mereka menginjak 6 bulan.

IKLAN

“Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah dan kutuk la saya selagi daya. Kepada ex-wife,,saya diam dan berhenti disini bukan maksud saya kalah.

“Cukuplah niat saya nak bagitahu orang yang awak bukan lagi isteri saya, jadi tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak, biar saya terima semua ini. Orang akan mengata saya macam-macam tapi Allah ada. Semoga awak dapat pengganti yang baik. Aminnn.”

“Ini Kelebihan Aku, Aku Bukan Merompak, Aku Bukan Melacur”

Menurut usahawan ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Menerusi Instastory, Alha meluahkan isi hati tentang salah faham orang tertentu mengenai kerjayanya sebagai jurusolek.

Walaubagaimanapun, Alha tidak mendedahkan secara terperinci mengenai punca perceraian, namun dia memberi gambaran bahawa penerimaan bekas isteri terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin.

Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan mereka sering berlaku perselisihan faham.