Walaupun baru 4 tahun melakar perjalanan seni buat Wany Hasrita namun penyanyi berusia 28 tahun ini telah berjaya menempatkan namanya hingga melekat di hati peminat.

Terus Mekar Dalam Persada Seni 

Lebih manis, Wany turut melakar sejarahnya tersendiri dengan memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2018. Sebagai info, Wany mula dikenali menerusi single popular Menahan Rindu dan semakin melonjak dengan single duet Di Sana Cinta Di Sini Rindu duet bersama Tajul.

IKLAN

Selama 4 tahun dalam industri 8 single Wany telah mendapat perhatian penggemar lagu lagu Melayu tempatan antaranya seperti Rintihan rindu, Rindu Dalam Benci (duet bersama Tajul), Aku Serius (duet bersama Tajul), Semarak Syawal dan Semaikan cinta. Selain lagu berentak balada, Wany turut menyerlahkan bakat nyanyiannya dalam mempertaruhkan lagu irama tradisional,Ewah ewah lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah yang kini mencecah hampir 4 juta penonton di YouTube.

Tampil Dengan Canggung 

Turut membanggakan apabila tertunai hasratnya untuk berduet dan merakamkan lagu bersama idola,Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu yang telah mencatatkan 11 juta penonton di YouTube walaupun baru 6 bulan muzik video ini di muat naik di laman rasmi YouTube FMC Music.

Terbaru, hari ini (27 Mac 2020) Wany akan melancarkan muzik video dan single terbaharunya berjudul Canggung di pautan YouTube bermula jam 8 malam. Difahamkan Canggung merupakan lagu kedua ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong setelah kejayaan single duet bersama Datuk Jamal Abdullah sebelum ini.