Menerusi laman Instagram mereka, pasangan selebriti Katy Perry dan Orlando Bloom telah mengumumkan jantina bakal anak mereka.

Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan 

Pelantun Dark Horse itu mengumumkan khabar gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi yang mana Katy memuat naik foto suaminya beserta kapsyen yang menyatakan jantina anak mereka. Rata-rata peminat dan kenalan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta turut teruja menantikan kelahiran cahaya mata pasangan popular ini.

IKLAN
View this post on Instagram

💕 it’s a girl 💕

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Rahsia Terbesar Katy 

Terdahulu, menerusi laporan Murai.my Katy telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan yang mana dia kini sedang hamil dan berita tersebut diumumkan serentak dengan video klip terbaharunya yang bertajuk Never Worn White.

Dalam video klip itu turut memperlihatkan ‘baby bump’ Katy dan dia menyatakan ini adalah rahsia terbesarnya yang dirahsiakan dalam masa yang lama.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN