Keputusan mahkamah mengenai tuntutan cerai penyanyi Hollywood, Adele telah dimuktamadkan bernilai US$280 juta bersamaan RM746,073,720 namun mahkamah memutuskan butiran mengenai perceraian artis itu akan dirahsiakan.

Tidak Memeterai Sebarang Dokumen 

Terdahulu, penyanyi yang berusia 31 tahun ini telah berpisah dengan Ketua Pegawai Operasi sebuah badan kebajikan, Simon Konecki pada April tahun lalu selepas 8 tahun bersama. Namun bekas pasangan ini tidak memeterai sebarang dokumen untuk melindungi harta pencarian bersama. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Angelo yang kini berusia 7 tahun.

Demi Kebaikan Anak

Menerusi laporan The Sun, Mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan pelantun Hello ini untuk merahsiakan butiran perceraian bersama bekas suaminya. Butiran seperti sumber kewangan, pendapatan mahupun berkaitan mana-mana perniagaan tidak boleh diakses oleh orang awam dan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan akses tersebut perlulah menandatangani sebuah dokumen perjanjian.

Dikhabarkan, Adele telah pun menyerahkan kunci sebuah rumah berhampiran dengan rumah agam Adele bernilai hampir RM60 Juta di Beverly Hills.

IKLAN

” Berita penceraian di Hollywood kadangkala boleh berlanjutan selama bertahun-tahun dan menjadi sesuatu yang sangat buruk. Adele dan Simon semestinya tidak inginkan perkara tersebut berlaku

Kedua-dua mereka sedang bekerjasama untuk memastikan butiran perceraian mereka dirahsiakan demi anak mereka” katanya sumber The Sun,

Selepas berpisah, Adele dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli muzik British, Skepta namun hubungan mereka tidak berpanjangan dan Adele turut menyifatkan tahun 2019 sebagai tahun yang agak sukar baginya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry