Pelanggan Air Selangor Sdn Bhd (yang dulunya dikenali sebagai (SYABAS) kini boleh memilih untuk menerima bil air bulanan melalui aplikasi WhatsApp.

Pelaksanaan ini selaras dengan matlamat syarikat untuk mengembangkan perkhidmatan secara digital untuk kemudahan pelanggan mendapatkan bil air dengan lebih cepat dan mudah.

Perkhidmatan e-Bil Air Selangor melalui aplikasi WhasApp boleh didapati untuk pelanggan yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

Syarikat Air Selangor menasihati pengguna untuk memastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah tepat dan dapat menerima mesej melalui platform permesejan.

via AirSelangor

Untuk mula menggunakan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mendaftar atau mengemaskini maklumat mereka di laman web syarikat melalui pautan ini. Secara alternatif, perkhidmatan e-Bil juga tersedia melalui emel atau dengan cara mengakses aplikasi Air Selangor. Ia boleh didapati pada kedua-dua peranti Android dan IOS.

Syarikat Air Selangor juga menggalakkan pengguna untuk beralih dari bil kertas kepada perkhidmatan e-Bil kerana ianya dapat menggunakan penggunaan kertas selain lebih mudah dan pantas. E-Bil juga membolehkan  pembayaran dalam talian menjadi lebih lancar.

Sumber:1 , 2

IKLAN