Setelah hampir dua bulan penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil ‘hiatus’ dari laman Instagram selepas pemergian suami tercinta yang juga pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair, BCL kembali aktif di media sosial.

Luah Rasa Sedih 

Memuat naik posting pertama semalam, pelantun Cinta Sejati ini meluahkan rasa sedih atas kehilangan rakan seperjuangan, Glenn Fredly yang meninggal dunia pada petang Rabu. Menerusi posting nya itu, BCL memberitahu tahun 2020 terlalu berbeza buatnya apabila terlalu banyak dimaklumkan dengan berita pemergian insan tersayang.

Titip Pesanan

Dalam pada itu, BCL turut berpesan agar saling menjaga dan mencintai antara sama satu lain serta menghargai masa yang ada. Menerusi laman Insta story nya pula, BCL  sempat mengucapkan selamat jalan buat penyanyi berkenaan.

“Selamat jalan Glenn Fredly. Terima kasih untuk segala karya dan kebaikanmu. Kekal kenanganmu. Rest in love,” tulisnya.

Pada petang Rabu,Glenn meninggal dunia selepas mengalami penyakit meningitis atau radang otak.Jenazah telah disemadikan pada tengahari khamis di Tanah Kusir, Jakarta.