Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Tip Untuk ‘Travel’ Selepas Tamatnya Wabak COVID-19

by Aphit J.
April 26, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Dengan situasi yang semakin membimbangkan sekarang ini, ramai traveller yang memikirkan apa yang patut dilakukan setelah virus COVID-19 ini tamat. Menjadi persoalan adakah wajar untuk travel dalam masa singkat ini? Ataupun perlukan masa yang sangat lama untuk travel kembali. Setahun mungkin!

Di sini kami kongsikan 5 tip yang perlu diambil kira untuk travel selepas tamatnya COVID-19.

Percutian Di Dalam Negara

via Yaman Ibrahim

Inilah masa yang sesuai untuk anda menerokai sendiri keindahan Malaysia. Jika dilihat kembali, terdapat pelbagai pilihan tempat tarikan dan tempat yang belum lagi diterokai di Malaysia. Bukan itu sahaja, mengembara di dalam negara juga dapat membantu ekonomi dan industri pelancongan Malaysia.

Percutian Yang Lebih Dekat

via Asia One

Menurut World of Wonderlust, mungkin ramai daripada pengembara akan memilih percutian yang lebih dekat dengan rumah selepas virus ini tamat. Dengan keadaan kewangan dan ekonomi yang sedang pulih, percutian akan kembali menjadi eksklusif di mana tidak semua orang mampu.

Pemilihan percutian yang berbentuk staycation dan roadtrip adalah terbaik berbanding percutian antarabangsa dan percutian yang berbentuk pelayaran.

Tempoh Percutian Yang Lebih Singkat

via TripSavy

Disamping pemilihan percutian yang lebih dekat dan dalam negara, amatlah digalakkan untuk bercuti dalam tempoh yang singkat. Tidak perlu mengambil masa yang lama di sesuatu tempat dan ini akan mengurangkan kekerapan bertemu dengan orang. Disarankan untuk elakkan bercuti ketika hujung minggu dan selepas tarikh mendapat gaji.

Mencari Tawaran Yang Terbaik

via Sat Guru Travel

Sekiranya anda berhajat untuk bercuti juga, jangan teragak-agak untuk mencari tawaran yang terbaik dari pihak hotel. Menurut Forbes, mungkin sebagai tawaran selepas krisis ini, pihak hotel akan menawarkan set makanan sepanjang penginapan dan memberikan tiket yang percuma kepada tempat-tempat tarikan sekitarnya.

Pemilihan Agensi Pelancongan Yang Stabil

via Uvet

Untuk menaikkan kembali nama sesebuah agensi pelancongan, berkemungkinan ada beberapa agensi yang menawarkan pakej yang tidak masuk akal dan akhirnya tawaran itu adalah sebagai marketing strategy mereka sahaja. Oleh itu, ada baiknya untuk anda memilih agensi yang lebih stabil supaya tiada masalah di kemudian hari.

Pada dasarnya,  kami sarankan anda untuk elakkan dahulu mengembara buat masa terdekat ini. Mungkin anda boleh melakukan beberapa aktiviti lain seperti menerokai dunia dengan hanya di rumah ataupun merancang dengan teliti perjalanan yang akan datang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
percutian dekatpercutian murahpercutian singkattawaran hoteltravel agent murahtravel selepas covid-19visit malaysia
Share11Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  4. 4

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  5. 5

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara