Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Fakta Kota Futuristik Neom, Lokasi Raja Salman Asingkan Diri Dari COVID-19

by Phic ARMAN
April 10, 2020
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Virus Corona (COVID-19) dilaporkan mula menjangkiti para anggota kerajaan Arab Saudi. Dilaporkan bahawa salah seorang anggota kerajaan Arab Saudi dipercayai dijangkiti dengan korona.

Putera senior Saudi yang juga gabenor Riyadh dilaporkan dalam rawatan intensif akibat virus korona. Tidak hanya itu, beratus-ratus ahli keluarga diraja juga jatuh sakit dengan gejala yang sama.

Menurut The New York Times menulis, seramai 150 orang bangsawan di dalam kerajaan kini dipercayai dijangkiti virus itu.

Arab Saudi telah melaporkan 41 kematian daripada virus korona setakat ini dengan 2,795 kes yang disahkan positf.

Bimbang dengan hal itu, Raja Salman, 84, telah diasingkan untuk keselamatan dirinya di sebuah istana di pulau berhampiran bandar Laut Merah Jeddah.

Sementara itu, puteranya,  Putera Mahkota Mohammed bin Salman,  telah diasingkan dengan beberapa menteri ke sebuah resort terpencil di pantai yang sama di mana dia berjanji untuk membina sebuah kota futuristik yang dikenali sebagai Neom.

Dipetik dari Business Insider, berikut 5 Fakta mengenai rancangan kota menakjubkan itu.

Keluasan 33 kali kawasan Kota New York.

Bandar Neom yang akan datang akan dibina di kawasan yang bersebelahan dengan Mesir, selari dengan Laut Merah dan Teluk Aqaba dan berhampiran dengan Terusan Suez. Keluasannya mencapai 26,500 kilometer persegi atau 33 kali kawasan Kota New York.

Bandar paling canggih di dunia

Kota Neom akan mempunyai banyak teknologi canggih dan bangunan futuristik. Malah, bandar ini dijangka menjadi bandar paling canggih di dunia.

Dilengkapi dengan teksi terbang

Kota Neom akan dilengkapi dengan teksi terbang. Daripada 11 pelaburan di Neom City, pelaburan teksi terbang adalah salah satu daripada mereka kerana kenderaan darat dianggap tidak mencukupi untuk sumber pengangkutan. Dengan menggunakan teksi terbang, Kota Neom akan sangat berkesan dan cekap.

Teknologi Pembenihan Hujan

Cloud Seeding. Di negara-negara padang pasir, hujan adalah sesuatu yang jarang berlaku. Tetapi dengan teknologi pembenihan awan (benih awan untuk menghasilkan hujan), kota Neom akan menerima hujan yang kerap.

Guru Holografik

Rancangan Kota Neom juga memperhatikan sistem pendidikan. Akan datang, sekolah-sekolah di Kota Neom akan diajar oleh guru holografik.

Ini adalah gambaran bandar masa depan yang dibangunkan oleh kerajaab Arab Saudi. Sebagai projek yang sangat besar, proses untuk membentuk kota Neom ini dijangka mengambil masa 30-50 tahun.

Error happened.
Kota NeomNeom Cityraja salman
https://lomp.at/fk6py
Share43Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara