Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Faizal Tahir Kolaborasi Bersama Peminat Dalam ‘Sumandak’

by Khai Azfar
April 16, 2020
Share on Facebook

Faizal Tahir adalah satu nama yang tidak dapat dipisahkan dengan gimik dan kelainan dari sudut muzik, persembahan pentas mahupun gaya pemasaran. Dalam keadaan dunia yang ditekan dengan ujian penyebaran wabak Covid-19, tidaklah menghalang penyanyi ini untuk tampil dengan single terbaru berjudul ‘Sumandak’.

Libatkan Peminat Dalam Sumandak 

Menariknya mengenai single ini adalah Faizal Tahir mengambil inisiatif untuk melibatkan peminat-peminatnya dalam video muzik lagu tersebut walaupun ketika ini Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Bermula dengan mengacah peminat di laman sosial, Faizal telah berkongsi snippet lagu terbarunya dengan beberapa gambar kartun wanita dari pelbagai kaum dari seluruh Malaysia.

Baru-baru ini pula, Faizal memuatnaik sebuah video mengajak peminat-peminatnya untuk menghantar video mereka melakukan aktiviti di rumah bersama keluarga untuk dikumpul dan dijadikan sebagai video muzik ‘Sumandak’. Tindakan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan yang diterima melibatkan keluarga, individu dan rakan sekerja dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Dalam keadaan kita yang tertekan sekarang ini, saya cuma ingin memberikan sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan positif” katanya kepada kenyataan media

Cuit Hati Pendengar 

Dengan lirik yang berunsur humour, melodi yang catchy dan gaya penyampaian yang bersahaja, Faizal sekali lagi tampil dengan kelainan yang bakal mencuit hati para pendengar. Perkataan ‘Sumandak’ itu diambil dari dialek bahasa dari negeri Sabah yang bermaksud gadis ataupun gadis cantik. ‘Sumandak’ merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a dan Karim Karam.

Single ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

YouTube video

Video muzik ‘Sumandak’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir dan lagu tersebut dijadualkan akan berada di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes pada 22 April 2020.

faizal tahirFaizal Tahir Sumandak
https://lomp.at/adw4m
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara