Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Oksana Voevodina Disoal Status Agama Anak, Jawapannya Mengejutkan!

by Phic ARMAN
April 18, 2020
788
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Rihana Petra atau nama lainnya Oksana Voevodina Gorbatenko sering menjadi perhatian pengikutnya di Instagram.

Bekas isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, ini dilihat kerap berkongsi gambar bayi lelaki yang dikatakan anak mereka di media sosial. Namun sehingga hari ini pertikaian siapa bapa bayi tersebut measih berterusan.

Baru-baru ini, bekas Ratu Cantik Rusia itu memuat naik gambar dia memeluk anak kesayangan dengan senyuman bahagia di akaun Instagramnya.

Oksana Voevodina Bersama Anak Lelakinya Ismail Leon yang memasuki usia 1 tahun.

Oksana berkongsi perasaan bagaimana hidupnya berubah setelah menjadi seorang ibu. Pelbagai aspek telah mempengaruhi hidup termasuklah perbelanjaan, kesihatan, corak diet pemakanan, dan sebagainya.

Sejak menjadi ibu kepada Ismail Leon yang kini memasuki usia 1 tahun dia menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih fokus pada masa depan diri dan anaknya.

Status Agama Leon

Di ruangan komen, ternyata Oksana cuba untuk melayan setiap komen dan pertanyaan dari pengikutnya. Salah satu komen bertanya kepadanya tentang status agama yang dianuti oleh Leon. Jawapannya agak mengejutkan!

‘Maaf, boleh saya tahu apakah agama yang dianuti anak kamu untuk sekarang?’- tanya pemilik akaun @kingsethharris

‘ Terima Kasih, Leon akan membesar akan membuat keputusannya sendiri untuk memilih menjadi siapa’- jawab Oksana.

Ternyata, Oksana tidak menetapkan status agama Leon buat masa sekarang dan menyerahkan sendiri keputusan itu kepada anaknya apabila menjadi dewasa kelak.

Kenyataan Oksana ini telah menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya, memandangkan dia diketahui sudah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan Sultan Muhammad V.

Adakah Oksana sudah kembali kepada agama asalnya?

Dipetik dari FMT, Penghujung tahun lalu, Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia, menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Ia selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon.

Ia juga melaporkan sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

Oksana menegaskan Leon adalah anak hasil perkahwinan mereka. Sebelum ini Oksana meletakkan nama anaknya sebagai Tengku Ismail Leon Petra namun sudah di ubah menjadi Ismail Leon.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anak rihana oksanabapa rihana oksanagambar tengku ismail leongambar Tengku leonGorbatenko OksanaOksana VevodinaOksana VoevodinaRihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoSultan Muhammad V & Oksana Voevodina
https://lomp.at/md3gq
Share329Tweet191SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem