Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jadikan Rumah Sebagai ‘Barber’, Ini Cara Gunting Rambut Lelaki Di Rumah

by Aphit J.
April 26, 2020
via Expact Living

via Expact Living

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi masalah bagi lelaki untuk rambut mereka semasa musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini. Dengan penutupan kedai gunting rambut dan demi menjaga kebersihan daripada jangkitan Covid-19, kebanyakkan lelaki memilih untuk membiarkan rambut tidak digunting sehingga menyebabkan rambut sukar untuk diurus.

Menurut WikiHow, kini anda boleh menjadikan rumah sebagai barber dengan mengetahui cara sebenar untuk menggunting rambut anda.

Persediaan Sebelum Menggunting

via Youtube

Sebelum memulakan proses mengunting rambut, pastikan rambut anda dalam keadaan bersih, tidak terlalu kering dan mempunyai alatan mengunting yang betul. Antara keperluan yang perlu ada adalah mesin mengunting rambut, gunting dan sikat.

Pastikan juga anda mengetahui bentuk rambut yang ingin dipotong, ini kerana anda dapat membandingkan hasilnya setelah siap potong.

Mengetahui Cara Memangkas Dengan Betul

via Salon Gold

Memangkas ataupun trim merupakan perkara utama dalam mengunting rambut. Mulakan memangkas rambut anda dengan tahap yang paling panjang dan seterusnya mengubah ke tahap yang lebih nipis.

Menurut WikiHow, untuk bahagian belakang rambut, memangkas dengan nipis menjadikan rambut anda kelihatan lebih kemas dan teratur.

Menggunakan Gunting Untuk Bahagian Atas Rambut

via Hair and Beauty

Langkah seterusnya adalah menggunakan gunting untuk bahagian atas rambut. Gunakan sikat untuk mengetahui tahap kepanjangan rambut yang akan digunting.

Setelah selesai, pastikan anda menyisir semua rambut ke bahagian hadapan untuk memastikan rambut anda dalam keadaan sama panjang.

Mengemaskan Rambut Dengan Teknik Blending

via Expact Living

Lakukan sentuhan terakhir pada potongan anda dengan mengemaskan bahagian tepi telinga dan belakang rambut menggunakan mesin. WikiHow menyatakan bahawa perlu untuk anda memastikan tiada rambut yang tidak rata mahupun mempunyai tahap kepanjangan yang tidak sama.

Semua teknik ini membolehkan anda sentiasa nampak kemas walaupun di musim kuarantin. Tidak perlu menunggu untuk kedai gunting rambut buka dan tempoh PKP tamat, anda boleh lakukannya sendiri di rumah sahaja.

Error happened.
cara gunting rambut di rumahcara gunting rambut lelakicara mudah gunting rambutgunting rambut lelakigunting rambut sendirikedai gunting rambut di rumah
https://lomp.at/x3v9o
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara