Kisah penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang menjadi mangsa dari individu yang berhasad dengki mendapat perhatian masyarakat. Manakan tidak, ada ura-ura mengatakan individu yang membuat aduan kepada pihak polis tentang kegiatan Ebit merupakan seseorang yang bergelar Ustaz.

Isu ini turut mendapat perhatian dari selebriti seperti Sharnaaz Ahmad, Harith Iskandar, Qi Razali dan ramai lagi. Rata-rata mereka mengharapkan Ebit tidak putus asa dan meneruskan usaha-usaha dakwah serta membantu mereka yang memerlukan.

Via IG Neelofa

Harapan itu juga diluahkan oleh usahawan terkenal, Neelofa, malah dia memuji usaha dilakukan Ebit kerana memberikan inspirasi kepada semua orang untuk membantu golongan susah.

Menurut Neelofa, dia malu dengan segelintir orang melayu Islam yang bergelar Ustaz tapi tidak mencerminkan Islam.

“Saya doa agar Allah tinggikan darjat ustaz di sisiNya. Saya malu sebenarnya dengan ‘orang melayu Islam’ tertentu yang bergelar ustaz tapi tidak mencerminkan Islam.

IKLAN

“Gelaran USTAZ terlalu besar untuk digalas, Jangan nila setitik rosak susu sebelanga. Semoga saya juga mampu membantu orang ramai dengan wang ringgit, tenaga dan masa seperti Ustaz.”- tulisnya di Insta-story

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor,  berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ebit Lew untuk berehat daripada memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry