Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Tersenyum Tengok MV” – Lagu Baharu Hael Husaini Dipuji Ramai

by Khai Azfar
April 27, 2020
Share on Facebook

Sejak empat hari menyambut serta menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, diakui seluruh umat Islam sedunia menyambutnya dalam keadaan yang agak berbeza tahun ini gara-gara penularan wabak pandemiCovid-19.

Kongsi Mesej Positif 

Untuk itu, penyanyi tersohor Hael Husaini berkongsi mesej positif dengan menyambut bulan mulia ini menerus satu ‘senyuman’ istimewa. Senyuman yang dimaksudkan berupa sebuah lagu baru berjudul ‘Senyuman Ramadhan’ yang bertujuan menaikkan semangat para Muslimin yang berpuasa dalam keadaan yang lebih mencabar tahun ini. Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini juga melambangkan betapa pentingnya sebuah senyuman yang juga dianggap sebagai sedekah di dalam ajaran Islam.

Trending Di YouTube 

Menurut Hael, dia berharap supaya lagu ini dapat menceriakan suasana Ramadhan dan memberikan aura yang lebih positif untuk semua. Menerusi carian Murai.my terkini di laman YouTube, rata-rata penonton memuji lagu dan video muzik (MV) ini yang memberikan semangat buat mereka yang menontonnya.

Sehingga kini, MV Senyuman Ramadhan sudah mencecah lebih dari 250 ribu tontonan serta turut berada di tangga ke-16 Trending di laman YouTube sejak dimuatnaik dalam platform itu 3 hari yang lalu.

YouTube video

Lagu ‘Senyuman Ramadhan’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hael husainiHael Husaini Senyuman Ramadhan
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara