Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Cincin : Wak Doyok Berhadapan Denda Hingga RM500,000

by Khai Azfar
May 1, 2020
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan personaliti fesyen Wak Doyok telah memohon maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor selepas ditegur oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram selepas dia dikatakan telah menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kerajaan Johor Buat Laporan Polis 

Difahamkan, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41 telah diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri semalam selepas satu laporan polis dibuat oleh kerajaan Johor. Laporan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.

“Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

“Kes ini sebenarnya sudah lama. Dia membeli cincin pada 2018 melalui online (dalam talian) dari sebuah syarikat di Indonesia.

“Namun, satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

“Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan,”

Beri Amaran 

Dalam kenyataannya itu juga, Ayob memberi amaran buat mana-mana individu mahupun pihak untuk tidak menggunakan lambang diraja tanpa sebarang kebenaran.

“Memang menjadi kesalahan di Johor, di bawah enakmen ini kerana tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang dan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Johor kecuali selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

“Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana itu satu kesalahan.

Bagi seksyen berikut, sekiranya Wak didapati bersalah dia bakal berhadapan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
wak doyokwak doyok cincin johor
https://lomp.at/wwj70
Share59Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem