Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Vivy Yusof Minta Maaf, Produk dUCk ‘Sold Out’ Dalam 30 Minit

by Zaidin Albert
May 4, 2020
232
KONGSIAN
Share on Facebook

Istilah ‘boikot’ dari netizen sebenarnya tidak memberi apa-apa impak pun kepada sesebuah perniagaan. Saat ini, netizen sibuk sepakat untuk memboikot jenama gedung tekstil terkemuka Jakel.

Namun isu memboikot ini sudah menjadi ‘permainan’ netizen bagi menunjukkan kemarahan. Tak lama sebelum ini, netizen sudah kecoh untuk memboikot jenama dUCk yang dimiliki oleh Datin Vivy Yusof.

Dari isu memperlekehkan nasib B40 hinggalah dituduh meniru rekaan tudung, orang ramai tak habis-habis nak memboikot jenama popular ini.

Namun ia ternyata cakap kosong! Ini terbukti setelah produk keluaran terbaru dari jenama dUCK telah habis dijual dalam masa 30 minit.

Kalau anda nak tahu, jenama dUCk baru saja meraikan ulang tahun ke-enam dan mereka telah mengeluarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan.

View this post on Instagram

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup)

Difahamkan pelanggan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk ini. Sehinggakan ada pelanggan mengadu laman sesawang Fashion Valet mengalami gangguan teknikal semasa membuat pembelian.

Menerusi Instastory Vivy, dia berkongsi kegembiraan pelanggan yang berjaya mendapakan produk istimewa ini. Ada yang tidak berjaya membuat pembelian, walaubagaimanapun Vivy memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok.

“Sorry There’s no restock for this”- tulis vivy di Instastory-nya

“30 Min launch out of stock? @VivyYusof, sis help me!” rayu salah seorang pelanggan

Melihat kepada fenomena ini, ternyata kuasa membeli bukanlah terletak pada netizen. Rezeki masing-masing, siapalah kita untuk menentukannya. Samalah seperti terjadi kepada Jakel, isu boikot oleh netizen tidak memberi apa-apa kesan. Percayalah!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Duckvivy yusof
Share229Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Carlo Rino, Tracie Sinidol
Fesyen

Gaya Tracie Sinidol Curi Perhatian, Carlo Rino Perkenal ‘The Christmas Capsule’!

by Nurul A.
November 24, 2026

Pada musim perayaan ini, Carlo Rino memperkenalkan 'The Christmas Capsule' untuk meraikan kemesraan, gelak tawa, dan detik-detik bermakna yang menjadikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara