Agak lama menyepi, Ustaz Abu Syafiq akhirnya muncul semula dengan kenyataannya yang sensasi. Kali ini Abu Syafiq berbicara di dalam sebuah videoa yang dimuat naik  di Instagram peribadinya @ustazabusyafiq.

Saya Orang Pertama ‘Support’ JAKEL- Ustaz Abu Syafiq

Abu Syafiq muncul lagi menasihati netizen di Malaysia supaya berhenti menfitnah dan melaga-lagakan orang. Tambahnya lagi, dia menyifatkan isu JAKEL hampir sama dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Terbaru apa yang berkaitan dengan JAKEL, apa yang berlaku pada JAKEL hari ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam di bulan Ramadan. Sifat dengki dan sebagainya.”- tegasnya

“Saya mengisytiharkan, saya akan menjadi orang pertama yang akan support (sokong) JAKEL. Insyallah, saya nak beli kain di JAKEL untuk jahit baju buat pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim, orang miskin dan orang yang memerlukan. Kita patut sokong JAKEL, bangsa Melayu, umat Islam khususnya dah ahli sunnah berjemaah.

“Kita akan nampak siapa di belakang pengkhianatan ini”

View this post on Instagram

Ustaz Abu Syafiq Support JAKEL

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on

IKLAN

Dalam video tersebut, Abu Syafiq juga menyeru supaya menyokong Melayu dan Jakel serta Muslim.

Terdahulu, di media sosial kecoh apabila ramai yang mahu memboikot gedung tekstil kegemaran orang Malaysia ini gara-gara kenyataan Muzaffar Jakel memperkecilkan bangsa Melayu. Walaubagaimanapun, adik kepada pemilik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel itu telahpun memohon maaf.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN