Setelah sekian lama, akhirnya Captain America mendengar ‘sahutan’ daripada orang ramai untuk membuka akaun rasmi Instagram nya.

Buka Akaun Demi Bantu Mangsa COVID-19

Pelakon Hollywood terkenal, Chris Evans telah membuka akaun Instagram buat pada Sabtu lalu. Malah, pelakon berusia 38 tahun ini telah memuat naik posting pertama nya dengan sebuah rakaman video nya yang bertujuan menyahut cabaran ‘All In Challenge’ daripada rakannya, Chris Pratt.

2.7 Juta Pengikut Dalam Masa 4 Hari 

Difahamkan, ‘All In Challenge’ ini turut disertai oleh selebriti Hollywood popular termasuk bintang-bintang Marvel yang lain bertujuan bagi mengumpul dana khusus buat mereka yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Chris turut mencabar tiga rakannya yang juga pelakon filem Captain America iaitu Sebastian Stan, Anthony Mackie dan Billy Porter. Menerusi carian Murai.my terkini, Chris telah diikuti oleh lebih dari 2.7 juta pengikut laman Instagram setelah 4 hari membuka akaun Instagram nya. Welcome to Instagram Cap!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry