Malam tadi, isteri kepada pendakwah bebas Dai’ Farhan telah berkongsi satu khabar berita yang menyedihkan yang mana dia mendedahkan hubungan mereka sebagai suami isteri kini sudah berakhir.

Dr Erin Dan Da’i Farhan Sudah Berpisah Sejak 27 April 

Pendedahan itu telah dibuat sendiri oleh Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menerusi laman Instagram nya. Menurut Erin kedua-dua mereka telah bercerai pada 27 April yang lalu atas permintaanya sendiri. Dedahnya lagi, keputusan ini dibuat sebagai langkah terbaik buat ketiga-tiga pihak termasuk bekas madunya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

IKLAN

Farhan Kembali Rujuk Dengan Isteri Pertama 11 Februari

Dalam posting nya itu juga, Erin memberitahu Farhan telah kembali rujuk dengan Fatin pada 11 Februari lalu kerana dia tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak. Biarpun begitu,keluarga Fatin telah meletakkan syarat buat Farhan sekiranya ingin duduk bersama anak-anaknya adalah dengan menceraikan Erin kerana enggan melihat Fatin bermadu.

“Untuk pengetahuan semua pernah saya post gambar ni dulu tapi saya dipaksa oleh pihak sana jangan post lagi kecuali bila dah bercerai dengan ustaz dan saya ikut dan hormati permintaan belah sana dan saya padam posting tu.

“Sekarang saya nak tunaikan janji saya dan permintaan pihak sana.Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya

ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu”

Erin Berkorban Demi Farhan 

Kerana sayang dan enggan melihat Farhan berasa susah hati kerana rindu dengan anak-anaknya, Erin mengambil keputusan untuk berundur dan bersedia untuk bercerai sejak Februari yang lalu.

Meskipun, dia tidak menyangka dirinya telah hamil tidak lama kemudian, dia nekad untuk meneruskan perceraian tersebut sehinggalah mereka berpisah secara rasmi pada April.

“Sebab terlalu sayangkan ustaz saya cakap pada ustaz jom bwk saya balik jumpa mak ustaz dan ex madu saya untuk saya sendiri serahkan ustaz balik pada ex janji ustaz dapat bersama anak-anak dia.

“Saya takpe saya redha jika ini ujian saya untuk kehilangan orang saya sayang dari saya tengok orang saya sayang susah hati rindu anak baik saya mengalah.

“Jadi sejak dari bulan 2 lagi saya sudah tidak mengharapkan apa-apa dari ustaz hanya tunggu masa nak diceraikan je..Dari bulan 2 nak cerai ada ja masalah datang tertunda tunda smpai la saya memang nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi dah tahu mengandung pulak..Saya nekad dengan keputusan saya untuk akhirinya juga,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Fatin menerusi sebuah kenyataan mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu yang mana ketika itu dia turut hamil anak kedua mereka.

IKLAN